Wednesday, December 31, 2014

Marine Essence Beauty Bar @ Sabun Ketiak...Bagus sangat ke??



Marine Essence Beauty Bar @ Sabun ketiak

Testimoni ketiak makin cerah dan badan berbau wangi dan segar semenjak gunakan Sabun Marine Essence.

Pengedar Seluruh Malaysia diperlukan.
Sekiranya anda pernah menggunakan Sabun Marine Essence, dan berminat untuk menjana pendapatan sekurang-kurangnya RM1000 sebulan, boleh segera hubungi saya untuk maklumat lanjut mengenai teknik menjana pendapatan melalui online ;)

Latihan dan tunjuk ajar disediakan PERCUMA!


Pengedar Terbesar Sabun Marine Essence Malaysia.

RABIZAH ISMAIL
019-2924228


Alhamdulillah tak sampai 10 hari guna Shampoo dan Sabun Marine Essence, bayi comel yang masih kecil ni mula bebas dari masalah ekzema kronik.

Hanya mandikan dan shampookan bayi anda dengan produk Marine Essence. 

Menurut ibu dan ayah bayi comel ni, puas dah mereka berubat dengan pakar kulit, tapi masalah ekzema bayi mereka masih tak de perubahan hingga mereka mencuba sabun ketiak atau lebih dikenali sebagai sabun marine essence.

Nampak kan perbezaan ketara pada muka dan kepala bayi comel ni...Alhamdulillah tak sampai 10 hari amalkan penggunaan sabun hijau ni, bayi mereka sudah boleh untuk lebih tersenyum lebar bila masalah kulit kering, gatal dan berair hampir pulih sepenuhnye.

Buat anda yang ingin mencuba sabun berunsur garam laut ni, boleh segera hubungi saya untuk maklumat lanjut dan cara tempahan sabun marine essence ni :)

RABIZAH ISMAIL
019-2924228

Whatsapp dan nyatakan "saya nak Sabun Ketiak"

Atau buat anda yang ingin menceburi bidang perniagaan online dengan pendapatan 1000 hingga 7000 sebulan, boleh msg atau whatsapp "NAK JADI PENGEDAR" ke nombor yang tertera di atas. 

Anda yang mendaftar sebagai pengedar sekarang, akan di beri tunjuk ajar dan bahan-bahan promosi secara PERCUMA !!!




Eczema treatment with marine essence 




Ni adalah testimoni terbaru hari ni april 2014 untuk penghidap ECZEMA...


Yang ada sejarah ekzema je faham macam mana TAK SELESAnye bila gatal-gatal dan air bisa dari ekzema ni mula menyerang...
Alhamdulillah sabun ketiak sangat membantu untuk kurangkan penderitaan pesakit ekzema.

Dalam masa tiga hari:
-Gatal2 kurang
-Air bisa kering
-Parut makin pudar


Agent no 1 #sabunmarineessence
Instagram : bzahismail
FB : bzahismail
  


 Wassalam......
 









































































































































































Tuesday, December 30, 2014

Instant Shaper by Premium Beautiful

Assalammualaikum..

Percaya tak dalam masa 10minit jek..Premium Beautiful bole tukarkan bentuk badan jadi macam model???..macam xlojik je kan..hahaha tapi dengan PB nih...tiada yang mustahil..ini antara customer yang sangat berpuas hati dengan PB...
Pn. Zurina, 31 tahun, sudah berumahtangga...dalam masa 10minit jek badan da macam model..
Cik Ros, 25 tahun, bakal pengantin Jan2015..
Perubahan ketara dalam masa 10minit jek..

Pelik!!Ajaib!!Macam mana bole jadi macam nih??

Sebenarnya...Premium Beautiful ni mempunyai fungsi2 yang tersendiri..

Long Bra
Berfungsi sebagai :
1. Cawan coli dengan 3 keping jahitan berstreoskopik dapat menolak atas, menyokong dan menetapkan kedudukan payudara
2. Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong payudara
3. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli dapat menyelaras perut yang buncit dan meninggikan kedudukan kontur payudara
4. 2 batang keluli berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan
5. Rekaan kuasa regangan dan tekanan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutup bahagian belakang badan, dapat menyelaras lebihan lemak pada bahagian belakang dan turut mengatasi masalah berbadan besar
6. Rekaan bentuk "U" pada bahagian belakang coli bukan sahaja dapat menguruskan badan malah membentuk kontur pada bahagian belakang
7. Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkan keunggulan produk
8. Rekaan 3 pasang cangkuk yang membolehlan anda membuat penyelarasan yang sesuai


Long Girdle

My New Online Business...PREMIUM BEAUTIFUL




Assalammualaikum...

Dengan lafaz Bismillahhirrahmanirrahimmmm...............


dengan sukacitanya saya memperkenalkan online bisnes saya iaitu :-



PREMIUM BEAUTIFUL.....


























Antara kebaikan-kebaikan PB ini antaranya :

Premium Beautiful Classic




























Premium Beautiful Elegance




























Ciri-ciri yang ada pada PB ini adalah :
  • Superbrand - telah berada dipasaran lebih 10 tahun..
  • Lifetime warranty
  • Teknologi dari Jepun, US, Jerman dan Taiwan
  • Mengandungi Far Infrared Ray (F.I.R)
  • Pengiktirafan American Chiropractic Association
  • Fabrik Akwatek dan Akwadyne
  • Kuasa regangan 360darjah
  • Direkabentuk untuk 70% kesihatan dan 30% kecantikan

Siapa yang perlu pakai PB nih???


1. Wanita dalam pantang - dalam masa 2minggu pinggang jadi slim dan ramping...
2. Cyst
3. Fibroid
4. Sakit Belakang
5. Senggugut
6. Gastrik
7. Slip Disc
8. Kesuburan
9.  yang nak kurus - bakal pengantin terutamanya
10. yang kurus nak gemuk - dapat berat badan yang ideal..
11. bongkok - membantu postur badan

Untuk info lanjut, hubungi saya


Whatsapp : 0192924228 bzah

Instagram : bzahismail
FB : bzahismail

Wassalam...





Wednesday, November 26, 2014

Menjana Pendapatan Dengan Hanya Menggunakan Sosial Media...

Assalammualaikum...


Sekarang nih tengah trend orang iklan jana pendapatan melalui sosial media...
Bagus sangat tuh...sambil2 online,income masuk....
Fungsi FB,Blog,Instagram..bukan hanya untuk networking merapatkn silaturrahim malah networking untuk berbisnes...salah satu medium yang sangat bijak jika kita pandai mengaplikasikannya....
Satu dunia kot yang online...bukan hanya di Malaysia sahaja...


So..aku pon telah sebulat seyakin hati untuk menggunakan 3 medium ini untuk memulakan perniagaan (walaupon sebelum nih da penah buat tapi tak aktif lagi)...aku harap sangat korang yang sudi membaca blog aku ni bole bagi full support dan doakan semoga bisnes aku nih berjaya dan berkembang dengan cemerlang...aku percaya dan yakin...Allah yang akan memberikan rezeki kepada setiap umatNya dan aku sebagai umatNya haruslah berusaha untuk mendapatkannya....betul tak??Semoga Allah permudahkan perjalanan aku ini...aminnnn


Aku akan umumkan sedikit masa lagi mengenai bisnes yang akan aku buat nih ye...stay tune!!


wassalammmm

Monday, November 24, 2014

Borak Kosong...

Assalammualaikum...


Dah bersawang-sawang blog nih..lama da tak menulis..lebih suka blogwalking dari menulis di blog sendiri...insyallah, aku akan cuba lebih kerap menulis di blog ini sebagai rujukan dan panduan untuk aku di masa hadapan kelak...


tahun 2014 telah hampir ke penghujungnya...
tahun 2015 akan menyusul...
wish list baru tercatit..wish list lama di upgrade mungkin...
setakat ini, pencapaian yang paling membanggakan aku bagi tahun 2014 ni ialah aku dengan jayanya telah menghabiskan e-pjj Diploma Pentadbiran Awam di UiTM Shah Alam dari tahun 2010-2014..syabas untuk diri sendiri sebab tak extend sem..cuma repeat paper jek...untuk sem ke-8 aku amik 5 paper sekaligus dan Alhamdulillah..aku lulus...bangga lagi skali kat diri sendiri...


hari yang ditunggu-tunggu..dinanti-nanti...1 Disember nanti aku akan konvo...27hb Nov. ni ada rehearsal pastu amik jubah..mesti perasaan bercampur baur...atas usaha sendiri dan penat lelah selama 4 tahun berbayar apabila aku mengenggam scroll tu nanti kat atas pentas....


tahun demi tahun berganti..aku tetap aku...tiada perubahan melainkan tambah anak je la...aku da berada di 'comfort zone'...selesa dengan keadaan sekeliling dan persekitaran..rutin harian pegi-balik keje...tiada perubahan...kalu ikut pada graf skala aku mendatar jek...sekali sekala jek naik turun kot..


baru-baru ni aku memberanikan diri untuk bertemu dengan one of the great person iaitu Pn. Hanis Haizi...sesi ice breaking rupanya dia junior aku masa sekolah rendah..kakak dia mungkin aku kenal @ ingat2 lupa...kecik jek KL nih kan...tapi tujuan asal aku jumpa dia bukan tu tapi sebab lain...aku nk keluar dari 'comfort zone' aku...aku nak cuba mencabar diri untuk berdepan dengan orang baru..aku nak cuba mengaplikasikan apa yang aku dah belajar selama 4 tahun ni UiTM..


Perniagaan adalah satu job yang paling aku suka buat sebenarnya...mungkin da memang dalam darah aku sebab aku dibesarkan dalam keluarga yang buat bisnes...tapi bukan bisnes yang hebat2 la..bisnes jual sayuran kampong...ayam...kat pasar pagi dan pasar malam...seingat aku masa aku tadika lagi arwah abah aku da bawak aku ikut dia meniaga kat pasar pagi..tolong mak aku kat sana..Pasar Pagi Bandar Tun Razak...aku membesar dan belajar di sana...aku dulu dok kat Flat Sri Labuan..dekat jek pasar tu kat Jalan Ikhlas...kalu nak cite pengalaman tu cukup berjela2...sampaikan sekarang org yang masih meniaga kat pasar tu kenal aku dan mak aku..adik badik aku yang lain derang xkenal sbb derang jarang pegi pasar tu..buat aku sangat terharu...kadang2 aku pegi pasar tu saje2 ada je la makcik2 pakcik2 yang tegur "Eh..mak ko sihat?Ko yang dulu meniaga sayur kampong ngan mak ko dulu kan?Dah besar ko skang"...hahaha...last aku meniaga masa aku form 1...sebab kitaorg pindah rumah ke kajang...so mak pon macam malas nk ulang alik BTR-Kajang..banyak sangat kenangan indah masa kitaorg meniaga dulu....


Aku masuk keje ngan gomen...aku try jual barang bayi..kanak2..kain pasang..Alhamdulillah ada pembeli dan ramai yg repeat order...bak kata kawan aku..aku nih peniaga yang dermawan...sebabnya aku suka jual harga lebih kurang..aku tak pikir untung sangat..yang penting pembeli aku hepi dan puas hati ngan produk aku jual...lepas aku tukar tempat keje aku masih meniaga tapi aku tolong kawan je la...but still aku masih meniaga....


Dan sekarang aku rasa aku nak cuba yang agak mencabar pulak bila mana aku kene berdepan..menyakinkan..orang yang aku xkenal untuk beli produk yang aku jual....produk ni da lama dan establish pon kat market...dan suatu ketika dulu sangat hot org dok kata especially dalam gomen itself...produk apa yang bakal aku akan jual...akan diberitahu dalam sikit masa lagi...


semoga Allah permudahkan perjalanan aku nih...sebab apa yang ada di dunia ini adalah milik Allah..dan sesungguhnya yang baik itu dari Allah...aminnnnn


Wassalam...

Friday, June 6, 2014

BIG THANK YOU TO AIRASIA....

Assalammualaikum...


Mood hepi minggu nih sebabnya......................:) AIRASIA FREE SEAT...
bermula 2/7 hingga 8/7....
actually xtau pon AirAsia wat promo nih so gatal tangan masuk website AA..
sekali ha kauuuu....Free Seat....
laju-laju wasap kakaks tanya plan holiday next year nk ke mana...
so dengan cekapnya carik2 tarikh untuk g Ho Chi Min & Bandung....
2hari gak la amik masa nk confirm kan destinasi dan tarikh...
kata sepakat telah dicapai so kita akan holiday ke BANDUNG....
yahooooo RM205return sorang....sangat murah...
trip kali nih adalah shopping holiday bersama kakak-kakak ai...
so kami ber4 akan pegi dan suami2 akan stay kat umah jaga anak2 masing2...
hahahaha...kerrrrlasttttt kau jahhhh..........
setel bandung..........


pastu pujuk2 hubby g honeymoon kat KRABI...
yipppiiiii free seat yer RM120 return sorang...
itu pon jenuh gak nk memujuk...makan 3hari gak la nk confirm kan booking...
so early Januari 2015 kami akan berhoneymoon ber2 sajok ke krabi...
hehehe....planning for 3rd baby..maybe???


so korang jangan lepaskan peluang nih yer...
rasanya AA akan buat free seat 2x setahun...
November nih kami sefamily+MIL+FIL akan terbang ke Langkawi...
pon Free Seat gak.....booking Mac arituh...


rajin2 lawati website AA yer...
hepi weekend............


Wassalam...

Friday, May 30, 2014

New Perfume....DIOR HYPNOTIC

Assalammualaikum....






Baru-baru ni ada beli perfume baru dari Le Reve Malaysia....Dior Hypnotic Poison...bau dia memang vavavavommmm...#sayasukaalameimei#...nih ayat kopipes dari theperfumeshop...


Dior Hypnotic Poison (50ml)
Seeped in extreme natural tones, Hypnotic Poison EDP draws its strength from powerful absolutes. The lush charm of sambac jasmine absolute mingled with a welcoming orange blossom absolute wrapped in smooth, intensely evocative Tonka bean. The round liquorice note behind the seductiveness of Hypnotic Poison is boosted to new, bolder heights. It creates irresistible appeal empowered by the vanilla, an immediate sign of gratitude. An atmosphere of total deliciousness reigns....


bau vanilla yang sangat kuat dan menyerlah membuatkan anda akan menjadi tumpuan sebab bau yang daring...saler yang jual ni cakap hanya orang yang berani jek pkai perfume nih...hahaha...harga pulak adalah mampu milik..jauh lebih murah kalu beli kat kaunter...xsure brape..yang penting perfume nih boleh bawak solat sebab kandungan alcohol yang minimum mengikut standard yang diluluskan oleh JAKIM...kalu beli 3 botol..botol yang ketiga akan dapat diskaun 50%...so boleh kongsi2 ngan kawan2 untuk dapatkan diskaun...kalu nak bau perfume yang lain pon bole sebab dia hanya jual perfume yang top 10 sahaja from UK..harga untuk designer dan celebrity perfume adalah berlainan tapi tetap murah jugak...sila hubungi kak zalifah 0173787205 untuk keterangan lanjut....kalu dia tanya mana tau bgtau jek fiza kawan jena yang bgtau...hahahaha......ai tak promote just war2 kan jek...hehe


Selamat mencuba...


Wassalam...







BELAI DIRI DARI ALAM SEMULAJADI..

Assalammulaikum....


Wahhh tajuk kemahen kan....nak g spa tak mampu(ai ler tuh)..huhuhu...
so nak menjimatkan poket ai....kita buat sendiri jek kat rumah...
kita create suasana ala2 spa gituh....
Bahan2 yang digunakan pon sangat mudah didapati dan dah tentu rege mampu milik kan...hahaha dah macam nak beli kete lak...ada jek jual kat pasar basah @ pasaraya....senang kan..


Teh....
Kebanyakan kita suka minum teh kan...tak kira pagi petang siang malam..ngeteh jek keje...hahaha..tapi sebenarnya teh juga boleh digunakan dalam mandian...Mandian teh bersama pelembab epal dan kelopak bunga ros kaya dengan flavonoid , vitamin C dan pectin yang berfungsi memulih dan menegangkan kulit(wow awet muda), mengecilkan liang serta memberi kesegaran berpanjangan....Caranya dengan mencampurkan potongan epal, 1 cawan kelopak bunga ros dan 3 uncang teh chamomile di dalam bekas mandian(xsemestinya bathtub..dalam baldi/besen pon boleh). Kemudian mandilah anda setiap pagi. Mesti segar jek badan....yang pasti mood pon hepi jek nak2 hari Isnin kan...Monday Blues...hahaha.. Cara lain lak kita rebus dulu bahan2 dalam 10minit pastu biarkan sejuk. Simpan dalam botol kecil dan spray kat muka/badan untuk kesegaran.


Kaki....
1. Lumur sedikit asam jawa pada tumit kaki kemudian rendam dalam air suam berisi garam(seelok-eloknya garam bukit). Lakukan sehingga tumit kaki bersih dan licin.


2. Gosok belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk menghilangkan kulit kasar.


3. Masukkan beberapa asam keping dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.


Kuku kaki dan tangan....
1. Bersihkan daun lidah buaya dan sapukan pada kuku setiap hari. Lakukan secara rutin untuk mendapatkan kuku yang cantik dan berkilat.


2. Bawang putih mempunyai zat yang baik untuk menguatkan kuku. Caranya, parut bawang putih sehingga halus dan sapukan pada kuku. Tunggu beberapa minit kemudian bersihkan dengan air sejuk.


3. Belimbing buluh bermanfaat membersihkan kotoran di celah kuku sekaligus menguatkan kuku. Caranya dengan menggosokkan belimbing buluh yang sudah dipotong pada kuku kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan untuk mendapatkan kuku yang sihat, cantik dan bersih.


Selamat beramal....


Wassalam...


Sumber : Harian Metro, 29.5.2014



KUNYIT..

Assalammualaikum...


Tahukah anda kebaikan dan khasiat kunyit???
Selain digunakan dalam masakan terutama masak lemak cili api (yumyum)...ianya juga baik untuk kesihatan dalaman dan bahan kosmetik....


Apakah kebaikan kunyit untuk kesihatan??
Kunyit ada 30 jenis dalam keluarga Curcuma...banyaknya adik badik sepupu sepapat mak sedara pak sedara nih...
Curcumin ialah bahan aktif dalam kunyit yang mempunyai kesan terapeutik yang sudah digunakan beribu tahun lamanya sebagai ubat antiradang dalam perubatan tradisional India iaitu ayurvedik.
Selain boleh dijadikan bahan kosmetik termasuk pewarna rambut semula jadi, kunyit baik untuk kesihatan kerana ia rendah sodium.
Ia juga sumber yang baik bagi vitamin C dan B6, magnesium, serat, zat besi, potassium dan mangan.
Vavavava.....hebatnya kunyit nih ada vit C yer....orang India terutama memang suka guna kunyit nih..


Ada juga petua bagi sesiapa yang anak2 kene demam campak...campurkan serbuk kunyit + air pastu lumurkan kat badan anak2.lepad tu bilas ngan air...insyallah hilang bekas2 campak tuh...ada 2-3 kawan opis dah try dan berkesan...


Selamat mencuba...


Wassalam


Sumber : Harian Metro. Khamis 29.5.2014

Saturday, May 17, 2014

LEPAKING SAJOK....

Assalammualaikum....

Hai all...
hari sabtu patutnya hari bergumbira yayahoooooo...
tapi ai lepaking di rumah sajok bersama anak-anak...
bapaknya hepi-hepi berJAMBOREE kat pilah nun...

tapi xpe...ngan anak-anak pon ai hepi...terpaling hepi..
dapat spend quality time ngan derang...
hujan lebat dari pagi tadi membawa ke petang..
plan nk bawak qayyum dan waiz mandi kolam kat umah mak atehnya pon terpaksa kensel....

tetiba tingin nk makan pavlova..
hahahaha...sangat lawaks kejadian pavlova ai..
kunun kreatif campur2 warna kuning n pink....
xnk tunjuk kat blog sebab malu sangat........
rasa termanis lak sebab guna gula icing secawan...
amek ko.......makan sepotong jek pastu simpan dalam fridge...
tu la kalu buat kek mesti makan sepotong jek..
lebih tu simpan dlm peti ais jek...:(

k la suami dah pulang dari berJAMBOREE...
nak bertanya khabar lak.....
hahahaha....

bubuiiii

wassalammmm

Friday, May 16, 2014

S.A.L.A.M.....J.U.M.A.A.T....

Assalammualaikum...


Salam jumaat kepada semua muslimin dan muslimat sekalian....
semoga kalian berada di bawah lindungan rahmat dan kasih sayang-Nya...


mood nak mencari kain wat jubah jek nih...
hehe...aritu dah g Nagoya beli kain tok wat jubah qayyum dan waiz..
murah2 jek RM6.00 semeter....
beli 5 meter....tapi la ni masih tersadai dalam bilik berplastik lagik..
belom sempat nak hantar tempah...
tapi rasa-rasa macam nk try jahit sendiri...
just beli kertas yang dah siap ukur kat FB ABEL COLLECTION...
senang ikut ukuran tu jek pastu cantum2 jahit2 dah jadik baju....
haaaaaaa cakap senang jek la kan..
cer try cer try.....mau herot berot kain tu aku gunting...
tangan xbedung camni lah...hahahaha...
k la nnt dah jadik baju ai update yer...


wassalamm......

Monday, May 12, 2014

S.E.L.A.M.A.T H.A.R.I I.B.U

Assalammualaikum...


Lamanya tak hapdet blog..
kemalasan melanda....
huhu...


kejadian semalam sempena Hari Ibu..
3hari sebelum tuh kakak wasap bgtau nk sambut hari ibu kat umh mak..
menu mee kari je..
pastu request soh adiknya wat kek red velvet...
ai ok je...sabtu pagi ajak mak g NSK beli brg2...
tekak terasa nk makan ketam masak lemak kuning...
ada pon 3 ketul jek ketam...oklah dari xde kempunan kang...
balik NSK terus masak ketam....ai xguna santan so tukar guna susu cair jek..
masak xboh cili sebab nk bagi anak2 makan skali...
sedapnyeeeeeee.............haha sendiri masak sendiri puji.....yum yum...
petang sket hujan lebat gilos.....
nak bawak anak2 g mandi kolam tergendala sebab hujan tak berhenti sampai ke malam...
sian qayyum and waiz...dah redi pkai baju mandi skali xbole mandi sebab hujan...


hari Ahad pagi2 hubby dah keluar g Jamboree kat Setia Alam...
sejak2 ada hobi baru berbasikal nih kemain tiap2 minggu ada jamboree jekk...
kadang2 malam2 g training kat highway....xpon offroad...
dalam kol 10 lebih kak ida sampai....so pas barang2 beli semalam tok wat kuah mee kari....
kuah mee kari mak memang meletops sedappppp....makan berulang2...hahaha
tengahri kak yam lak sampai...ajak g beli bahan buat kek kat BTHO...
beli tepong yg redi made jek senang....red velvet dan Belgium coklat...
dalam 2 jam siap 2 biji kek...
hahaha tapi memang comot la kek tu sebab xpandai nak deko2....
xpelah janji sedap dan licinnnnn....
lepas ni bole buat lagi...
majlis2 macam ni merapatkan lagi hubungan kekeluargaa antara adik beradik...
walaupon masing2 umah dekat2 tapi jarang dapat berkumpul sekali semua..
memang xmuat lah umah mak...
pastu berderet kete parking.....ade 5 orang anak...5bijik kete park depan umh mak....
hubby sampai umah petang...terkejut dia tgk banyak kete depan umh...
sib sempat dia balik meraikan majlis...
waiz la paling seronok...org amik gambar dia lak tersipu2 malu...sengih2 senyum...
qayyum lak tetiba Tanya...'ibu mana hadiah?'....
haihhhhh nih bukan majlis hari jadi ler.....semedang nk hadiah...sabo je la...
lewat petang masing nak balik umh tapow skali mee ari dan kek...
anak2 lak mandikan bagi susu trus terbonkang...
tau penat...main jek kat luar....
dah tido awal...tengah malam cergas plak...
bukak cartoon ko layan la tv waiz...ibu nk tido ngantok dah....


p/s : SELAMAT HARI IBU BUAT SEMUA IBU-IBU DI DUNIA INI TERUTAMA MAK SAYA..CIK ANI...SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN USIA YANG PANJANG...AMINNNNN


wassalam...

Monday, April 28, 2014

B.O.R.O.N.G. E.P.H.Y.R.A

Assalammualaikum....


Hai selamat pagi....
Macam mana dengan weekend uolss ????
Ai lepaking di rumah saja dan sesekali keluar jalan2 dengan anak2...
Nih nak citer kes Sabtu lepas....
hehehehe.....


Memang plan ngan hubby nak g Putrajaya sebab dapat tau geng2 Epyhra ada kat sana..
Riuh Santai BH......
memang berbaloi2.....
walaupun hujan agak lebat tapi ku redah jugak..
kesian anak2..sib baik xdemam..
promo giler2 arrr...
Ai sampai repeat datang hari Ahad tuh...
sape2 yang g sana mesti tau kot rege Happy Hour tuh..
RM150 jek........utk 3box trial pack = 30pack
so apa lagi ai memborong ler sampai 9box trial pack..
sebab derang xbawak yang premium pack (30pack)...
dah la rege RM150 jek...dapat pulak FREE T-SHIRT EPHYRA...
so nih dah beli untuk stok 3 bulan punya...
ada sorang minah nih xtanya nama plak yang promo epyhra terkejut ai beli byk..
hahaha...dia tny nih utk sendiri ker....yups...untuk keperluan sendiri sahaja...
so trus dia introduce kat kwn dia..pon xingat nama untuk jadi mini dealer...
macam berminat tapi yer la kan kene ada modal kan...
ai mana de duit beribu lemon so ai nk offer kat sini...
sape2 yang berminat nk join beli ephyra bole email kat ai..
tapi quota nya 12box = 1carton (premium pack)...
price kita citer dalam email yer...
so sesapa berminat hantar email kat ai .....gurlstarparadise@gmail.com...


k la babai....


wassalam...

Monday, April 21, 2014

K.E.L.A.S.M.E.K.A.P.

Assalammualaikum........

sebagai orang pompuan nih kan, kita mesti nak kene jaga penampilan luaran mahupon dalaman kan....
so.........memandangkan ai ada kawan yang teror bab2 mekap nih...ada x sesape yang nk join kelas mekap....murah jek...kalu nk tau email ai gurlstarparadise@gmail.com.........nanti ai bagitau detail nyer....lokasi di putrajaya..kelas weekend sahaja...........

wassalammm....

C.U.T.I.J.A.G.A.N.A.K

Assalammualaikum...

Lama gilerrrrrr tak hapdet blog...
tiada kesempatan nk menghapdet..
asal on cpu jek si waiz dah standby kat sebelah nk tekan jugak...
dah tido kan dia pon dia bole tersedar bila maknya bangun...
abes tuh acaner nk hapdet blog???
manjang menbontot maknyer jekkkkk........
huhuhu........

rasa best sangat sebab dah abes exam...
rasa free jekkk...
dah 2 minggu berturut2 laki ai outstation...
cissssss xdapek nk jalan2....

kejadian sabtu lepas...
kitaorang adik-badek plan nk wat majlis harijadi mak...
kecilan jek...tak jemput sesape pon selain adik beradik sendiri...

menu nya......... nasi dagang, kari ikan tongkol, kari ayam, ayam goreng, acar sayor, kek secret recepi, kuih seri muka dan air macam2....hahaha....
nih sume buat sendiri kecuali kek dan kuih..itu beli kat kedai...kak ngah ai yang masak...ai just tolong2 sket jek & kemas umah....gilerrrr penattttt....
hepi besday mak...semoga panjang umur dan diberi kesihatan yang baik...nih pon mak tak sehat sangat sebab batuk...jangkit dari anak2 ai....huhuhu...cian mak..
so plan ngan hubby amik cuti gilir2 jaga anak2 nk bagi mak rest seminggu...
isnin dan selasa ai cuti...rabu khamis hubby lak cuti...jumaat jek mak jaga anak2...
tapi isnin (harini) hubby dapat mc sebab tonsil bengkak sampai xkuar suara...cian dia penat sangat agaknya....

plan nk kuar bawak anak2 g jalan2...tapi waiz lak tido....
ada anak kecik nih memang macam ni la...
nk kuar kene ikut timing derang...
kuar lewat sket pon xpe asal nnt dia xmoody....
macam sabtu ritu dia moody....asikkkkkkk la nk berdukung...
sakit pinggang ai...dah la nk kemas umah..dukung dia lagik....
fuhhhhhhhhhh...................

bersambung lagi...........

wassalammm....

Monday, April 7, 2014

M.A.L.A.S

Assalammualaikum...


Mood gilerrrrrrrrrrrrrr malas nk hapdet blog...
sebab otak dah penat pikir...


sekarang ni kan tengah exam....
dah setel 4 paper.....
ade berbaki 1 paper lagik.....


mental dan fizikal betul2 penat....
last paper Jumaat nih...
petang lak tuh...
Ya Allah..mohon dipermudahkan la...
esok nk start revision Macro...
carry mark rendah lak tuh...
memang kene pulun habis habisan masa exam nanti....
nak grad tahun ni gak.............huawaaaaaaaaaaaaa


k la xtau nk bebel ape sebab otak dah jemmmmmmmmmm....


babai....


wassalam....

Friday, March 28, 2014

Petua Jimat dan Mudah dari Alam...

Assalammualaikum....


Anda miliki masalah jerawat???
Kulit muka kering dan kusam???
Sanggup berhabis duit hanya untuk mendapatkan kulit muka seperti artis??
dah macam-macam produk penjagaan muka di pasaran sekarang kan...
pilih jek mana yang nak....tapi sama ada berkesan atau tidak...
bergantung kepada kulit individu...


ai ada kawan yang ada masalah jerawat yang agak 'heavy'...
macam-macam produk dia try....
pantang ada orang suggest mesti beli...
tapi berkesan atau tidak.....macam tak jeeeeeeeee
sebab dia guna tak habis....
so produk tu tak berapa nk berkesan pada kulit dia....
jenis tak sabar nih....


tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....................xperlu la membazir bila kita boleh gunakan dari tumbuhan....
okeh nak berkongsi petua nih....
get ready ngan pen dan kertas.....kuikuikui......


1. Putih Telur
Putih telur ayam mengandungi berbagai-bagai zat aktif yang berkhasiat untuk menjaga, merawat dan memberikan nutrisi tambahan pada pori-pori kulit wajah. Bagi mereka yang tidak mempunyai alahan kepada telur, penggunaan putih telur menjadi antara solusi terbaik bagi rawatan muka tanpa kos yang tinggi. Hanya sebiji telur untuk sekali guna, putih telur boleh menghilangkan parut jerawat pada wajah seseorang. Penggunaan putih telur dipercayai dapat menghilangkan kotoran seperti minyak pada wajah selain menghindarkan muka daripada terus berjerawat. Cara membuat masker telur :


* Asingkan putih telur dengan telur juning. Sediakan kapas yang berbentuk segiempat dan calitkan putih telur itu seterusnya ratakan pada muka. Selepas semua kapas diratakan di seluruh muka, tunggu sehingga kering. Tanggalkan kesemua kapas dan perhatikan kotoran di kapas itu. Ulang cara ini sebanyak 2x sebulan.


2. Oat
Oat merupakan makanan berkhasita yang kaya dengan serat , rendah kalori dan kolestrol. Selain untuk makan, oat juga mampu merawat masalah muka. Fakta ini diakui oleh ramai pakar kecantikan di mana apabila oat dicampurkan dengan air dan disapu pada muka, mampu memberi kesan positif melalui khasiat daripada oat itu. Oat mampu melembapkan kulit muka bagi mereka yang menghadapi masalah kulit kering. Oat yang dijadikan masker mampu menyingkirkan kotoran pada muka dan membersihkan pori-pori kulit wajah sehingga mengecil seterusnya mengelakkan kulit muka menjadi kusam.


3. Tomato dan epal
Sedap dijadikan salad nih...hehe. Tomato dan epal digunakan untuk melicinkan kulit.


* Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada muka dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan cuci dengan air suam.


4. Manjakani
Selain digunakan semasa berpantang bagi ibu baru lepas bersalin, manjakani juga mempunyai khasiat untuk merawat muka.


* Caranya dengan merebus segenggam manjakani di dalam periuk Tanah sehingga mengelegak dan pekat. Air rebusan sudah suam, sapukan pada muka dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cuci dengan air bersih.


5. Daun Senduduk
Daun nih macam daun sirih tapi ada beza skit. Mak-mak kita suka jadikan ulam cicah dengan sambal belacan.mak aihhhh terangkat...tapi selain wat ulam boleh juga digunakan untuk menghilangkan parut di muka.


* Caranya dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan sehingga keluar air dan gosok daun pada parut. Nak hilangkan jerawat pon boleh dengan mencapurkan airnya dengan bedak sejuk.


6. Lobak
Ha....ini untuk menegangkan kulit yang berkedut.


* Caranya dengan bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan. Campurkan larutan lobak merah bersama-sama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur (kuning telur lebihan wat masker putih telur tadi.Jimat). Kacau sehingga sebati dan oleskan pada muka sekali sehari.


Nahhhhh................jimatkan. Sambil2 buat masakan @ lauk bole jugak wat rawatan muka. Patut la orang dulu-dulu muka bersih-bersih, licin, putih takde jerawat sebab derang nih sambil masak sambil tepek kat muka....hahahaha....kalu potong timun tu kan...sekeping susun kat pinggan...sekeping susun kat muka...penuh pinggan penuh la 1 muka dengan timun....


sebenarnya banyak lagi petua-petua dari tumbuhan nih tapi nanti ai citer lagi yer....


petikan petua di atas adalah daripada Berita Harian 25.3.2014.


Cuba jangan tak cuba....mujarab tau....


k lah babai....


wassalam

Thursday, March 27, 2014

#MH370#inhistory#malaysia#

Assalammualaikum...


Trajedi MH370 sangat terkesan kepada semua rakyat Malaysia..
terutama ahli keluarga/sahabat penumpang/krew MH370..
kuasa ALLAH swt tiada tandingannya...
bila KUN FA YA KUN....nothing can we do...
hanya mampu berdoa dan terus berdoa...
agar dipermudahkan usaha mencari MH370...
aminnnnn.........


tengok kat youtube kapal di atas lautan hindi..
adehhhh...aku pening kepala..
bila tengok ombak....serammmmmmm...
terbayang pulak sekiranya penumpang/krew MH370 berada di tengah2 lautan hindi tu...
tak tercapai akalku......
nih pon masih ada saki baki sakit kepala lagi...
akibat berjaga selama 12jam...
bahana study last minit..
esok nak exam mlm tuh baru nk study...


k la bersambung lagi.........


wassalam...





Monday, March 24, 2014

Election Dun Kajang

Assalammualaikum...

Ini kisah semalam...
satu malaya dah tau 23.3.2014 adalah hari mengundi bagi DUN Kajang..
aku adalah salah seorang pengundinya...

alkisah di hari mengundi...
dengan muka tak bersalah aku slamberrrr jek sarung baju biru serupa baju PKR...
waaaaa........sampai kat sek agama batu 10 aku rasa mcm...ehhhhh
arrrrrrrr baju sama ngan penyokong PKR la pulakkkkk...
mesti derang bajet aku X PKR....

isk....xpasal2 aku jalan pandang tar jek...
malu beb.....
macam mana aku bole tercapai baju kale biru nihhhh...
malas nk patah balik umah tukar baju semata-mata kannnn...
kang tak keluar umah aku anak2 nak ikut lak...

kejap jek ngundi nyer...
xsampai 30minit dah setel...
xramai orang...
mungkin ramai yang dah pegi bercuti @ balik kampong...
cuti sekolah dah start kan....

abes memangkah...laju2 jalan balik rumah...
wasap ahkak2 yang lain tunjuk jari biru...
memasing memang belum kuar ngundi la kan...
sebab baru jam 8.30am...

sampai rumah...lepak2...layan anak2...
baru nk bukak buku jek...
pin..pin..ada tetamu datang rumah...
okeh yg tu malas nk cite...
bikin panas jek....

keputusan malam tuh tak tengok sebab dah tido...
PRK menang majoriti kan....

aku undi sape......biarlah rahsia.....kuikuikui

k la babai....

wassalam....

Kisah Hari Pertama Exam....

Assalammualaikum...

beberapa hari nih xonline & update blog..
bz menelaah...
kira last minit preparation...

alhamdulillah...
hari yang ditunggu2 telah tiba...
final exam bermula hari ini 24.3.2014, subjek PAD 365
di dewan raja muda musa, seksyen 7, shah alam...

keluar rumah sebelum jam 7am..
sampai dewan lebih kurang 7.45am..
ikut laluan connought-npe-federal-shah alam..
alhamdulillah trafik berjalan lancar..
xnk ikut highway taman desa sebab jammed...

buat revision based on past year exam paper..
sangat membantu sebab bole target soklan apa yang akan keluar...
harap2 jawapan tadi dapat membantu beri markah yang banyak...
exam start 9am...tengok je soklan otak trus jammed...
byk sangat info dlm pale otak...
perlu masa untuk bertenang...sejam gak la...

lebih kurang 2jam lebih menulis non-stop...
perghhhhhhh krem jari2...lengan...
sampai da nk abes dakwat pen hitam..
terpaksa guna pen biru....hahahaha lantak la...
harap lecturer memahami situasi...

jawapan lak pusing2 itu jek la...
ubah sket2 tapi memang hubung kait la...
kira logik jek la...
hahahahaha.....

rabu nih ada exam law299 pulak...
waaaaaaaaaaa...............

semoga Allah mengurniakan otak yang cerdas untuk aku menjawab soklan exam nanti....aminnnnnn

k babai....

wassalam....

Tuesday, March 18, 2014

Penjagaan Kulit Ekzema

Assalammualaikum....


Apa itu eczema?
Ekzema merupakan sejenis penyakit genetic yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerahan, gatal dan rasa pedih.


Tahap eczema :


ringan - sederhana : mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal
serius : ia menjadi merekah dan boleh mengakibatkan pendarahan


Faktor-factor utama yang menyumbang peningkatan jumlah kes :


1) perubahan cuaca
2) peningkatan suhu
3) kelembapan disebabkan perubahan cuaca
4) pencemaran alam sekitar
5) pelbagai bahan tambahan kimia
6) bahan cuci kasar
7) logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap eczema


Petua penjagaan kulit eczema :


1) hadkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih detergent, losen lepas mencukur, sabun gasoline dan turpentine.
2) pakai sarung tangan plastic atau vinil yang boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit
3) kain kapas atau kombinasinya kerana lebih selesa dan tidak menimbulkan iritasi kepada kulit
4) sewaktu mandi hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas. berendam dalam tab mandi sekurang-kurangnya 15-20 minit adalah baik untuk kulit. ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit dan jangan sesekali menggaru.
5) amalkan ubat doctor
6) elakkan menggunakan losen pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. gunakan krim kerana ianya sesuai untuk kulit kanak-kanak dan tidak berminyak/mengandungi agen anti keradangan yang sesuai untuk kulit eczema. amalkan setiap hari.
7) elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal kerana boleh menyebabkan kulit merekah. gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut.pakaikan sarung tangan kepada si kecil bagi menggelakkan si kecil daripada menggaru.
8) elakkan aktiviti yang boleh menyebabkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan
9) belajar cara menangani tekanan kerana boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk
10) memerlukan penjagaan yang khas dan rapi


sumber daripada Utusan Malaysia, 18.3.2014


artikel nih bagus untuk sesapa yang mempunyai masalah eczema tahap ringan mahupon serius. kat pasaran sekarang nih dah macam-macam jual produk yang boleh membantu mengatasi masalah eczema nih.yang pasti gunakan produk yang berasaskan tumbuhan,halal,mendapat kelulusan KKM dan lulus ujian SIRIM.


semoga dapat membantu kalian...


wassalam