Friday, May 30, 2014

KUNYIT..

Assalammualaikum...


Tahukah anda kebaikan dan khasiat kunyit???
Selain digunakan dalam masakan terutama masak lemak cili api (yumyum)...ianya juga baik untuk kesihatan dalaman dan bahan kosmetik....


Apakah kebaikan kunyit untuk kesihatan??
Kunyit ada 30 jenis dalam keluarga Curcuma...banyaknya adik badik sepupu sepapat mak sedara pak sedara nih...
Curcumin ialah bahan aktif dalam kunyit yang mempunyai kesan terapeutik yang sudah digunakan beribu tahun lamanya sebagai ubat antiradang dalam perubatan tradisional India iaitu ayurvedik.
Selain boleh dijadikan bahan kosmetik termasuk pewarna rambut semula jadi, kunyit baik untuk kesihatan kerana ia rendah sodium.
Ia juga sumber yang baik bagi vitamin C dan B6, magnesium, serat, zat besi, potassium dan mangan.
Vavavava.....hebatnya kunyit nih ada vit C yer....orang India terutama memang suka guna kunyit nih..


Ada juga petua bagi sesiapa yang anak2 kene demam campak...campurkan serbuk kunyit + air pastu lumurkan kat badan anak2.lepad tu bilas ngan air...insyallah hilang bekas2 campak tuh...ada 2-3 kawan opis dah try dan berkesan...


Selamat mencuba...


Wassalam


Sumber : Harian Metro. Khamis 29.5.2014

No comments:

Post a Comment