Wednesday, November 23, 2016

Jalan-jalan ke Padang-Bukit Tinggi, Indonesia - Day 1

Assalammualaikum wbt,

Alhamdulillah, tahun ni berkesempatan melawat ke negara jiran iaitu Indonesia..beli tiket masa Airasia buat promo return RM200 untuk 2 orang tanpa baggage. Kali ni bercuti berdua jer ngan kakak, 18.11.2016 - 21.11.2016 (Jumaat-Isnin)..Book supir siap2 dari KL, hotel sampai sana baru cari. Oklah rate RM100+- / IDR 320 ribu untuk 1 malam..stay kat Bukit Tinggi 2 malam / 1 malam di Padang.


flight pagi jam 7.50am..ni kat KLIA 2. Pukul 5am hubby hantar g airport. Solat subuh siap2 kat airport. Masa check beg kat kaunter Imigrese, kantoi syampoo Rejoice sebab melebihi 100ml..so sedekah je la kat ahkak Imigresen tu..


Yeay dah sampai Padang..ni airport Minangkabau, Padang..amik masa 45minit jer dari KL..dah macam nak pegi keje plak rasa..keluar je dari pintu ni nampak signboard Ms Bzah..owh supir Aldri dah tunggu nak pick up..


Mintak Supir drop kitaorang kat kedai makan untuk sarapan. Soto Nasi Paru namanya nih..IDR 25 ribu 1 mangkuk. Air kosong 1 gelas free.


Bila da campur dengan kuah soto. Sedap gak rasa tapi paru tu garing sangat. Kedai makan ni dekat je ngan airport. Kebetulan ada 2 group dari KL jugak singgah bekpas sini.


1st stop Lembah Anai Air Mancur. Selalu tengok dalam blog jer, sekarang gambar sendiri pulak kat sini. Tempat wajib singgah.


Tinggi ni air terjun nih. Turun bawah sket memang terasa angin kuat & tempias air terjun nih.


Sementara bateri HP banyak amik ler gambar banyak-banyak. Bukan selalu datang sini kan.


Airnyer memang bersih tapi takde orang mandi. Supir bilang kalau cuci muka kat sini nanti muda 10 tahun. Yer ajer...

Oh masuk sini kene bayar IDR 3 ribu..korang tau tak, jalan raya derang nih macam jalan raya kita yang 1 lane tapi derang 2 lane..bayangkan kecik jer jalan raya derang pastu kalau nak pintas kete/moto just hon jer, nanti kenderaan depan akan slow & ke tepi sket. Ada skali tu sorang makcik selamber jek kat tengah-tengah jalan panggil jiran dia. Kat TENGAH JALAN kot..supir tu dengar aku cakap beraninya makcik ni, dia cuma jawab 'SABAR KAK'..orang-orang Padang memang sangat penyabar yer. Supir tu bawak kete 35-40km jer yer..urut dada aku tengok dia drive. Dari Padang ke Bukit Tinggi +-2 jam sebab bawak 35-40km..bertabah lar 


Singgah Istana Minang. Ada tour guide cerita tentang sejarah Adat Pepatih & Adat Temenggung. Kalau ikut adat Pepatih, orang perempuan memang kaya raya sebab harta semua dia punya. Lelaki yang berkahwin akan stay ngan mertua dalam 1 rumah (ala-ala umah panjang). 1 rumah ada banyak bilik dalam 5-6 bilik. Anak lelaki berumur 10 tahun ke atas tak stay ngan makpak, kene duduk sekolah pondok & tido surau. Tapi balik untuk makan or mandi je. Lepas tu kalau ada kenduri, tuan rumah akan duduk paling hujung dekat dengan dapo sebab senang kalau nak tambah lauk or nasi just bagi isyarat je kat orang dapo. Tak perlu terjerit2 mintak tambah. Kalau ikutkan, panjang lebar penerangan tour guide tu. Kalau nak tau detail, mai sini ler. Hehehe...


Posing dekat tingkap. Rumah derang ni memang cantik sebab warna-warni dan berukiran.


Meriahnya pelamin orang Minang nih. Ada costume kalau nak pakai tapi kitaorang tak pakai sebab nak pakai costume kat Istana Pagoruyong.




Lepas amik video ni terus bateri nyawa-nyawa ikan. On the way ke Bukit Tinggi, ada 3-4 butik Kain Sulaman kitaorang singgah tapi tak beli apa pon cuma kat 1 butik ni beli 2 pasang Batik Sutera 
IDR 160 ribu / 2 pasang IDR 320 ribu..kene pandai tawar yer kalau confirm nak beli. Kalau setakat nak tau harga tak payah tawar menawar. Marah lak orang kedai tu nanti. Sulaman derang memang cantik2 belaka. Singgah makan kuih neraka jugak. IDR 3 ribu sekeping. Order 4 keping total IDR 12 ribu. Gambar kat HP kakak sebab HP sendiri bateri da kong! Kuih Neraka tu macam lempeng kelapa kita kat sini. Cumanya derang masak dalam tembikar & atasnya ditutup dan diletakkan kayu api. Tu pasal nama Kuih Neraka, api menjulang-julang. Hehehe...



Hotel yang ketiga. Nasib baik ada kosong and dapat diskaun. IDR 320 ribu 1 malam. dekat je ngan Jam Gadang dalam 10-15 minit jalan kaki.


2 katil single. Bilik ni memang luas & puas hati. Sebelah kaunter jer. Golek-golek, mandi & solat terus keluar g Jam Gadang & Pasar Atas.


Jam Gadang

Masa ni tak ramai lagi orang sebab awal lagi dalam kol 4 waktu Padang..waktu kita ngan derang beza 1 jam..Padang lewat 1 jam jer..



Nih Pasar Bawah. Cuci mata jer. Macam pasar jalan TAR.


Dah alang-alang kat pasar, beli T-shirt untuk anak buahan & kakaks. Kesian akak kedai ni bangun duduk amik saiz baju kitaorang nak, mengandung pulak tuh.


Nih kat Pasar Atas. Macam Pasar Payang, banyak telekung sulam, jubah & kain cotton sulam. Tertipu ngan akak kedai nih. Beli jubah RM55, mintak kurang tak bagi. Beli 4 helai pon tak bagi kurang, tapi sebab rasa harga murah tu beli jugak. Padahal kat kedai Taman Panorama bole dapat harga RM45 jer. Biasa la hari pertama sampai & shopping kan, nak survey dulu takut tak sempat nanti.


Majoriti kedai-kedai sini jual barangan yang sama jer. Cantik kan jubah nih. Rambang mata.


Kain Cotton Sulam. Warna sangat menarik tapi tak beli pun. Cuma beli baju sembahyang kain cotton jepun ngan jubah sulam jer. Harga oklah untuk jubah sembahyang IDR 250 ribu, Telekung Sulam warna hitam IDR 260 ribu. Sebab confirm nak beli tu yang tawar habis habisan.



Ni lah Pasar Atas. Sebelah tu Pasar Bawah. Janji ngan supir 6.30pm jumpa balik kat tempat dia drop kitaorang. Kat sini pon ada Texas Chicken & KFC tau kalau korang nak makan fast food.


Setel shopping, perot da lapo giler yerlah kan sebab skip lunch. Makan nasi padang. Berderet lauk pauk dia susun. Cuma amik 4 jenis lauk jer. Sambal ijo, sambal ikan tongkol, sambal daging ngan gulai kawah daging. Nasi untuk 2 orang, air kosong free.total IDR 105 ribu. Setel makan, balik hotel golek-golek atas katil. Kira-kira brape dah belanja, barang apa lagi nak beli. Esok senang singgah pasar beli barang yang tak cukup jer. Kitaorang beli 1 simkad jer untuk internet IDR 70 ribu, panggilan IDR 25 ribu..

Setel hari pertama..hari kedua ke Tasik Singkarak, Istana Pago Ruyong, Kopi Kiniko, Taman Panorama & Lubang Jepang.


Untuk supir, Bzah bayar IDR 1.7 juta 4hari 3malam.
Sewa hotel 2 malam IDR 640 ribu
Makan Malam IDR 105 ribu
Simkad IDR 95 ribu
Sarapan IDR 25 ribu
Kuih Neraka IDR 6 ribu
Untuk hari pertama kitaorang pegi Lembah Air Manir, Istana Minang & Jam Gadang. Singgah 3-4 Butik Sulaman (sebenarnya taknak singgah tapi supir nak bawa, tengok je la).