Friday, May 30, 2014

BELAI DIRI DARI ALAM SEMULAJADI..

Assalammulaikum....


Wahhh tajuk kemahen kan....nak g spa tak mampu(ai ler tuh)..huhuhu...
so nak menjimatkan poket ai....kita buat sendiri jek kat rumah...
kita create suasana ala2 spa gituh....
Bahan2 yang digunakan pon sangat mudah didapati dan dah tentu rege mampu milik kan...hahaha dah macam nak beli kete lak...ada jek jual kat pasar basah @ pasaraya....senang kan..


Teh....
Kebanyakan kita suka minum teh kan...tak kira pagi petang siang malam..ngeteh jek keje...hahaha..tapi sebenarnya teh juga boleh digunakan dalam mandian...Mandian teh bersama pelembab epal dan kelopak bunga ros kaya dengan flavonoid , vitamin C dan pectin yang berfungsi memulih dan menegangkan kulit(wow awet muda), mengecilkan liang serta memberi kesegaran berpanjangan....Caranya dengan mencampurkan potongan epal, 1 cawan kelopak bunga ros dan 3 uncang teh chamomile di dalam bekas mandian(xsemestinya bathtub..dalam baldi/besen pon boleh). Kemudian mandilah anda setiap pagi. Mesti segar jek badan....yang pasti mood pon hepi jek nak2 hari Isnin kan...Monday Blues...hahaha.. Cara lain lak kita rebus dulu bahan2 dalam 10minit pastu biarkan sejuk. Simpan dalam botol kecil dan spray kat muka/badan untuk kesegaran.


Kaki....
1. Lumur sedikit asam jawa pada tumit kaki kemudian rendam dalam air suam berisi garam(seelok-eloknya garam bukit). Lakukan sehingga tumit kaki bersih dan licin.


2. Gosok belimbing buluh pada tumit setiap kali sebelum mandi. Biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk menghilangkan kulit kasar.


3. Masukkan beberapa asam keping dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi kecil berisi air sejuk. Rendamkan kaki selama 10 minit. Amalkan setiap hari.


Kuku kaki dan tangan....
1. Bersihkan daun lidah buaya dan sapukan pada kuku setiap hari. Lakukan secara rutin untuk mendapatkan kuku yang cantik dan berkilat.


2. Bawang putih mempunyai zat yang baik untuk menguatkan kuku. Caranya, parut bawang putih sehingga halus dan sapukan pada kuku. Tunggu beberapa minit kemudian bersihkan dengan air sejuk.


3. Belimbing buluh bermanfaat membersihkan kotoran di celah kuku sekaligus menguatkan kuku. Caranya dengan menggosokkan belimbing buluh yang sudah dipotong pada kuku kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan untuk mendapatkan kuku yang sihat, cantik dan bersih.


Selamat beramal....


Wassalam...


Sumber : Harian Metro, 29.5.2014



No comments:

Post a Comment