Tuesday, March 18, 2014

Penjagaan Kulit Ekzema

Assalammualaikum....


Apa itu eczema?
Ekzema merupakan sejenis penyakit genetic yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerahan, gatal dan rasa pedih.


Tahap eczema :


ringan - sederhana : mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal
serius : ia menjadi merekah dan boleh mengakibatkan pendarahan


Faktor-factor utama yang menyumbang peningkatan jumlah kes :


1) perubahan cuaca
2) peningkatan suhu
3) kelembapan disebabkan perubahan cuaca
4) pencemaran alam sekitar
5) pelbagai bahan tambahan kimia
6) bahan cuci kasar
7) logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap eczema


Petua penjagaan kulit eczema :


1) hadkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih detergent, losen lepas mencukur, sabun gasoline dan turpentine.
2) pakai sarung tangan plastic atau vinil yang boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit
3) kain kapas atau kombinasinya kerana lebih selesa dan tidak menimbulkan iritasi kepada kulit
4) sewaktu mandi hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas. berendam dalam tab mandi sekurang-kurangnya 15-20 minit adalah baik untuk kulit. ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit dan jangan sesekali menggaru.
5) amalkan ubat doctor
6) elakkan menggunakan losen pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. gunakan krim kerana ianya sesuai untuk kulit kanak-kanak dan tidak berminyak/mengandungi agen anti keradangan yang sesuai untuk kulit eczema. amalkan setiap hari.
7) elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal kerana boleh menyebabkan kulit merekah. gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut.pakaikan sarung tangan kepada si kecil bagi menggelakkan si kecil daripada menggaru.
8) elakkan aktiviti yang boleh menyebabkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan
9) belajar cara menangani tekanan kerana boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk
10) memerlukan penjagaan yang khas dan rapi


sumber daripada Utusan Malaysia, 18.3.2014


artikel nih bagus untuk sesapa yang mempunyai masalah eczema tahap ringan mahupon serius. kat pasaran sekarang nih dah macam-macam jual produk yang boleh membantu mengatasi masalah eczema nih.yang pasti gunakan produk yang berasaskan tumbuhan,halal,mendapat kelulusan KKM dan lulus ujian SIRIM.


semoga dapat membantu kalian...


wassalam

No comments:

Post a Comment