Monday, October 19, 2015

Resepi Kek Kejayaan

Assalammualaikum wbt,

Hari ni nak berkongsi resepi kek yang sangat mudah dan insyallah jika kek nih menjadi memang anda akan menjadi manusia yang paling gembira dan berjaya dimuka bumi ini..hahaha...jom Bzah kongsikan resepi kek kejayaan nih..

Resepi Kek Kejayaan

Bahan-bahannya mudah dan senang :

250g Daya Usaha
100g Kesabaran
100g Keimanan
190g Keinsafan
150g Pengorbanan
150g Campuran akhlak mulia (boleh didapati dari didikan yang baik dan sempurna)
8 sudu teh rasa tanggungjawab
200g Senyuman secukup rasa

Cara-cara membuatnya :

Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental. Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati. Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan menjadi lembut. Setelah itu campurkan keimanan, rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia. Gaul sebati lagi sehingga adunan betul-betul lembut. Adunan tadi perlulah dibungkus dengan kertas ingin tahu dan ingin mencuba. Masukkan adunan tersebut ke dalam magkuk bertimbang rasa dan tolak ansur. Setelah siap, hiaslah dengan senyuman yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.

Petua : Bagi mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik. Oleh kerana kek kejayaan ini amat sukar untuk dibuat namun syabas dan tahniah kepada sesiapa jua yang Berjaya melaksanakannya dengan baik dan sempurna.










WHATSAPP 019-2924228
BZAH ISMAIL
BUSINESS/PRODUCT SHARING



Love,
PB Lover

No comments:

Post a Comment