Monday, August 24, 2015

PREMIUM BEAUTIFUL : JOURNEY TO BECOME PB EXPERT 3

Assalammualaikum wbt..

Bersambung siaran part 3 pulak..kali ni kita ke Ampang..fitting ibu baru bersalin anak no. 2..customer ni dapat tau pasal Premium Beautiful melalui Instagram jer..media social sekarang memang memainkan peranan yang sangat penting dalam bisnes ni..sebab kebanyakan orang suka beli barang secara Online jer..

Sampai dah ke lokasi rumah client. Untung Bzah ada extra set in hand sebab bukan apa, mudah nak try size mana yang sesuai nanti dengan client so tak de la berkali kali nak kena ulang alik datang fitting client kan.

Muka tuh dah kenapa??? hahaha...time nih tengah buat product sharing..mentor bagi tugasan untuk Bzah terangkan tentang Premium Beautiful..Alhamdulillah dapat present dengan baik dan customer pon paham..itu yang paling penting..

Nahhh...mentor dah keluarkan korset PB untuk bagi customer rasa jenis fabrik yang sangat lembut dan best..lepas tuh zassss terus ukur-ukur dan fitting..senang sangat bila ada stock in hand, customer tak perlu tunggu lama untuk pakai..

Siap buat air teh dan hidang kek lagik..tqvm Lin atas layanan dan makanan yang diberikan...

We are Premium Beautiful Expert yang akan memberi service terbaik untuk anda yang mendapatkan khidmat dari kami.

Gambar testimoni client tak dapat nak share sini coz tak berapa sesuai. Tapi apa yang boleh bagi tau, lepas pakai PB Corset ni, customer terus happy sebab dia berazam nak dapat shape badan cantik sebelum masuk kerja nanti. Ye la kerja kat KLCC kan so body mesti nak kena cantik.

Whatsapp Bzah
0192924228
untuk FREE FITTING/PRODUCT SHARING/BUSINESS SHARING area KL, Putrajaya dan Negeri Sembilan


Love,
PB Lover









PREMIUM BEAUTIFUL : JOURNEY TO BECOME PB EXPERT 2

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah, bersambung dengan entri sebelum ni, selepas selesai urusan di hari pertama punch stock, fitting dan sharing session terus up testimoni yang pertama.

Hari berikutnya, kali ni ke Putrajaya pulak. Nak share tentang Premium Beautiful yang tak pernah putus permintaannya.



Tengah fitting customer..Alhamdulillah walaupon masih baru lagi tapi atas tunjuk ajar dari mentor Salleha Roslan berjaya ukur dengan tepat..


Lepas fitting, terus bagi penerangan tentang produk dan bisnes. Nampak tak mentor yang buat presentation & Bzah hanya duduk di sebelah observe & belajar cara-cara untuk buat presentation..everything is about learning process..

Alhamdulillah..end of the day..customer berpuas hati dengan product & business sharing oleh mentor Salleha Roslan..sangat mudah untuk jual korset Premium Beautiful nih bila semua saiz ada di tangan..

Okey, bersambung dengan entri seterusnya..kita ke Ampang pulak lepas ni..tungguuuuuu

tapi, kalau nak dapatkan FREE Fitting tak perlu tunggu yer,

Whatsapp Bzah
+60192924228


Love,
PB Lover

Friday, August 21, 2015

PREMIUM BEAUTIFUL : JOURNEY TO BECOME PB EXPERT

Assalammualaikum wbt..

Entry ni khas untuk diri sendiri sebagai kenangan di masa depan tentang bagaimana aku boleh join bisnes korset Premium Beautiful ni..sejujurnya dah lama aku tau pasal Hai-O Marketing pada tahun 2007..masa tuh baru jek masuk keje kerajaan..memang orang sana sini sibuk la pasal bisnes nih..dulu popular dengan Bio Aura..ingat lagi kawan opis ajak dinner sama-sama kat Taman Warisan..ingatkan dia nak belanja sate tapi rupanya ada udang di sebalik mee..cara penerangan pon macam paksaan join bisnes tuh..so memang takla kan..tapi memang kebanyakan orang putrajaya time tu join bisnes nih..tapi itu dulu masa tahun 2007...


dalam tahun 2013-2014..slalu la stalk FB Salleha Roslan (ex-schoolmate sekolah rendah)..tengok gaya hidup dan personaliti di sangat menarik dan berubah..selalu pegi melancong sana sini..hoihhh dah macam orang kaya lak gayanya..so PM dia tanya apa dia buat..so dia cite la dia buat bisnes korset bla..bla..bla..so macam hurm ok..no respon pon nk join..conversation tu tergantung dalam setahun gak la...so end of 2014 PM balik salleha tanya dia if nk join macam mana and so on.....

Alhamdulillah, Allah telah bukakan pintu hati dan lorongkan hati untuk jumpa ngan Salleha dan end-up jadi Business Partner dia..syukur sangat-sangat..1st month buat bisnes dah dapat bonus hampir RM5,000.00..ya Allah hepi sangat masa tuh..


Nih masa register ahli..end of 2014

Seminggu lepas daftar, berjaya dapat modal daripada Bank Rakyat..tqvm Bank Rakyat bagi modal untuk start bisnes nih..Alhamdulillah


Terus punch stock kat stokis...nampak banyak kan stok-stok tuh tapi percayalah tak sampai sebulan LICINNNNNN.....


Lepas punch stock Premium Beautiful berset-set tadi, petang nye kami terus ke AEON Cheras untuk berkongsi kebaikan product pada client yang merupakan senior agen Takaful. Dan Alhamdulillah ketiga-tiga mereka sangat tertarik dengan kelebihan Premium beautiful.


Dah alang-alang tu share kan je sekali peluang jana pendapatan bila Premium Beautiful dah tersarung kat badan. Sebab bukan apa, sayang sangat bila dah pakai kita tak tau pun yang sebenarnye PB Corset ni selain bagi benefit pada tubuh badan kita, PB jugak membantu bagi benefit untuk duit poket kita. Just Imagine la, satu set PB Corset tu kalau betul-betul uol follow cara, memang boleh dapat satu set je dalam RM500-RM1000









Best tak? Lepas share benefit PB je terus client nak pakai pb kat situ jugak. Tak perlu share buruk produk pesaing pun, just share kelebihan Premium Beautiful aje pun memang dah boleh buat orang tu meleleh air liur nak pakai PB Corset time tu jugak.


Dan untung la Bzah Ismail sebab baru tengahari tadi je punch PB Corset. Tau-tau petang ni dah ada buyer. Tu kelebihan bila mula berniaga dengan ADA STOK IN HAND. Bayangkan ye, bila client dah teruja ni dengar pasal PB Corset tapi alih-alih kita pulak tak de ready set in hand. Silap-silap balik nanti dia terus survey agent lain je sebab duit dah ada, tinggal tak sabar sangat je nak pakai PB time tu jugak. 




Terus dapat testimoni. 
Hari ni 1st day mula business, hari ni jugak terus dapat customers.

 Hebat testimoni Premium Beautiful ni sebab dalam masa yang singkat je someone boleh dapat bentuk badan idaman. Area-area penting badan manusia, semua PB akan bantu untuk push up kan.






Okey, nanti sambung next entri untuk appointment ngan PB Customer di Putrajaya dan Ampang...




Love,
PB Lover




Income dari Malaysia, Brunei Dan Singapore

Assalammaualaikum wbt..







Alhamdulillah rangkaian business semakin melebar ke Singapore dan Brunei...produk terlajak laris korset Premium Beautiful bukan sahaja tengah hot di Malaysia tapi hot jugak hingga ke Negara jiran.. 


Untuk uol yang ada impian nak berkerjaya sebagai#WorkFromHomeMama boleh je mulakan dari sekarang...sebab success perlu proses... Dan tak kan ada masa yang tepat untuk kita bermula jadi apa kata mulakan je dari sekarang... Nak tau cara berniaga online dengan Bimbingan dari proven success mentor di TLC, boleh je jangan segan-segan pm Bzah ye


Trusted PB Expert TLC
Bzah Ismail
Whatsapp 0192924228




Love,
PB Lover






New Style..New Packaging

Assalammualaikum wbt..






Tak sabar nak perkenalkan packaging baru Set Korset Premium Beautiful..dah ala-ala shopping kat butik terkemuka pulak..memang stylo habis lah...







Here it is...our new packaging of set Premium Beautiful










Cantik tak?? cantik tak?? macam shopping kat butik mewah kan..so let's shopping!!

Whatsapp 019-2924228
Rabizah
Trusted PB Expert TLC

Special Rebate + BBPlus Collagen

Wassalam...


Real Testimoni daripada pengguna Korset Premium Beautiful

Assalammualaikum wbt...


Di sini saya dengan berbesar hati ingin berkongsikan our Real Testimoni daripada pengguna korset Premium Beautiful daripada pelbagai latar belakang masalah kesihatan..










Oleh itu..lebih baik kita mencegah dari awal sebarang penyakit/masalah kesihatan yang kita tidak tahu daripada kita merawatnya...sebabnya kos perubatan sekarang nih melampau tinggi...dengan sedikit pelaburan yang kita buat sekarang ini, Insyallah dengan izin-Nya pelaburan kita tuh berbaloi demi kesihatan dan kesejahteraan kita di masa akan datang...fungsi utama PB nih adalah
70% UNTUK KESIHATAN dan 30% UNTUK KECANTIKAN..

dalam pada untuk kesihatan, tak payah susah-susah nak diet makan bagai nak rak tapi kurusnya belum tentu kan..bila dah ada cara mudah begini, janganlah tunggu lagi...


Whatsapp 019-2924228
Rabizah
Trusted PB Expert TLC

Special Rebate + BBPlus Collagen

Wassalam...

Monday, August 10, 2015

Syawal Gathering with Dolomite Family Members..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..5 Ogos yang lalu, Dolomite team telah mengadakan Syawal Gathering di Dolomite Training Centre, Batu Caves..

Sangat happening dan hidangan melazatkan..yummylicious!!

Bersama mentor-mentor Jutawan dan hebat..harap-harap aura jutawan tu meresap ke dalam hati nurani nih..kihkihkih..sape tak nak jadi jutawan kan...so lets enjoice the photo kay..







Peace

Bzah Ismail

Jalan-jalan cari makan..

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah..asal weekend jer makan free..asal makan free jer weekend..hahaha

Seronok weihhh..tak yah penin-penin nak pikir menu apa untuk dimasak..kita makan free jer kat Open House..

Sabtu lepas ada 3 jemputan rumah terbuka tapi hanya mampu pegi 2 buah rumah jer..tak larat kepenatan..In Laws plak tetiba call kata nak datang umah sabtu pagi tuh..so laju-laju g Giant belakang umah beli spageti, lamb shoulder, salad...kita masak menu western jek..sap sap soi masak laju-laju dah siap..lepas jer derang balik, siap cepat-cepat pegi rumah terbuka jiran selang beberapa rumah ngan lorong depan rumah..sib baik dekat jek..malam tuh terbongkang kepenatan...hahahaha..nak amik gambau memang tak dan la sebab asyik sangat buat itu ini kan..

Ahad plak adik ipar buat rumah terbuka kat Senawang..so moh le kita ke sana..gerak lepas Zuhur..sampai sana ngam-ngam sate baru nak bakar..ada soto, sate, kuih muih, nasi impit, nasi lemak..makan sesaje sebab memang tak masak kat umah kan..stakat alas perut makan jemput-jemput ikan bilis ngan lempeng jek..mana cukup kan!!!..abes makan lepak umah mak mertua jap..sebelum maghrib gerak balik KL..otw tuh hubby tanya lapa lagi tak??..amboiiii...sebab dia ngajak g open masjid lak kat masjid BTHO...hahaha open masjid ehh!!!..sebab bukan buat kat umah tapi kat masjid..layan la makan malam kat sinun solat bagai...sampai umah kepenatan...mandi manda trus tido..wow bagus sangat perangai kan kenyang perut trus tido...so weekend ni ade lagi jemputan ker???..macam ada jek...hahaha gantung kuali lagi laaa.....

Peace
Bzah Ismail

Header Blog Baru..

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah..header blog baru siap...thank you very much pada En. Asri / grafikhebat yang telah berjaya buat design header seperti yang saya inginkan..tema bunga sakura..yeay..hepi me!!!..so sesape yang nk design header yang kreatif cun melecun bole email kat grafikhebat@gmail.com..bayaran pon murah jer..

wassalam...

Bzah Ismail