Day 2 di Desaru...ingat lepas dah penat anak-anak berlari berguling malam tadi so pagi nih bangun lambat le...rupanya derang bangun awal la plak...haihhhh baru nak sambung tido golek-golek atas katil...sarapan pagi disediakan seawal jam 7.30am...siap mandi semua orang, pakai T-Shirt yang company sponsor tapi qayyum pakai baju waiz sebab baju dia besar gilerrrrr...bzah sendiri pon muat tshirt dia..waiz cuma pakai tshirt biasa jek...memang saiz derang bagi gabak-gabak tol...
8.30am siap turun hotel..hubby cakap tak payah bawak kete, naik buggy jek senang..dewan makan dengan hotel kitaorang agak jauh..nak jalan kaki bawa anak-anak memang tak la kan..kalu nak drive plak parking penuh..so naik transport yang derang sediakan jek senang..
inilah padang yang budak bertuah tu dok main lari-lari guling-guling tak pakai selipar..luas sangat dan memang port baik punya untuk budak-budak main kejar-kejar..
T-Shirt yang Qayyum pakai nih sebenarnya untuk Waiz tapi saiz gedang sangat..Qayyum pon muat pakai..paksa dia amik gambar kat sini..haha
Aktiviti sukaneka pagi tuh..tapi kitaorang tak amik bahagian pon..sekadar tunjuk muka jer..lalu lalang kat situ..
tengok orang ramai beratur nak amik popcorn nih..tapow 2 bungkus untuk anak-anak..sebelum popcorn ni ada nugget dan fries..pon tapow jugak untuk anak-anak..lepas stall popcorn ni ada aiskrim..tapow 4 trus untuk kitaorg...hahaha
bagi derang makan aiskrim dulu..comot-comot Waiz makan..
amboiii tembunnya pipi aku..sementara tunggu buggy kita wefie dulu..
otw pegi water park..dekat jek area hotel..suka Waiz naik buggy..Qayyum sebok nak duduk belakang sekali..
gambar ni sebenarnya dah update dalam Instagram..tengok Waiz tu tenggelam timbul kat situ tapi dia la yang paling suka naik Lazy Slide nih..Qayyum takut..
tempat paling dinanti-nantikan oleh semua orang..kelapa tu diisi air, bila penuh akan jatuh kat bumbung tu lepas tu melimpah kat orang bawah..memang best arr..
memang khas untuk kanak-kanak Water Park nih..
ala-ala gua..
air tak dalam sangat pon..suka anak-anak mandi..
memang ramai orang la..orang Takaful Ikhlas..haha
Jam 3petang ajak suami naik bilik..dah penat dan nak makan lunch..sebelum tu kan ada tapow makanan, habis kitaorang makan..lapar kot berendam lama sangat kan..sampai bilik mandi secara berjemaah..buatkan susu untuk anak-anak pastu zasss terus tido kepenatan..suami pegi lunch dulu sementara bzah jaga anak-anak dalam bilik je..take turn pegi lunch..
malam tu ada dinner..tema Aloha..pakai jek tshirt ikan nih senang..haha
Qayyum time ni mengantuk..orang lain sebok makan dia tido atas kerusi..kesian plak tengok..Waiz pulak sebok berlari sana sini kat padang..macam biasa tak duduk diam..
ada artis malam tuh..Angah dan sape tah yang Raja Lawak tuh..tak ingat nama..
Artis jemputan Hazama..power wooo suara dia..nyanyi lagu Malaikat..dengar dia nyanyi 3 lagu jek lepas tuh balik bilik..sebab nombor cabutan bertuah tak naik..hahaha masing-masing frust..hadiah memang best-best..untunglah yang dapat free tiket pegi Ho Chi Minh, Istanbul dan Umrah..
menu dinner malam tuh...udang bakar tu memang win..yang lain biasa-biasa jer..
dalam jam 10++ kitaorang dah balik..malas nak tunggu lelama lagipun kesian Qayyum tido atas kerusi jer..sampai bilik semua terbongkang kepenatan..
Hari ketiga, dah malas nak amik gambar sebab takde apa sangat pon..pagi tu lepas sarapan pegi lagi Water Park..sambung mandi manda sampai jam 11.30am..
Jam 12.30pm, check out pastu terus lunch kat dewan makan tu..singgah kat JPO..ramai orang sebab ada sale..kitaorang just tengok-tengok macam tu jer..jam 4.30pm++ baru gerak balik KL...lepas maghrib singgah Senawang untuk dinner..dan malam tu jugak lah dapat call dari mak pasal arwah abang ipar...terus pecut balik KL...berita yang sanggat mengejutkan dan sedih..dan malam tu jugak dalam jam 11.30pm gerak ke Taiping, Perak dengan kakak sulung, abang dan abang ipar..tujuan ke sana untuk teman dan bersama-sama dengan kakak (kakak no.2) dan anak buah dan tolong apa-apa yang patut kat sana..
Al-Fatihah buat arwah abang ipar...semoga tenang dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan bertaqwa..aminnn
Love,
PB Lover
No comments:
Post a Comment