Friday, September 4, 2015

Berduan di tepi pantai dengan Qayyum

Assalammualaikum wbt..

Sambung entry sebelum nih..

Lepas dah rehat-rehat dalam bilik..lebih kurang pukul 6.30 petang ajak Qayyum jalan-jalan tepi pantai..Hubby dah keluar dulu dengan Waiz tak tau g mana..best plak amik angin tepi pantai nih..macam romantik jer..hihihi



takde orang kan belakang tuh..sebab private beach so memang in house guest jek yg bole mandi manda kat pantai tuh..



pintu gerbang nak ke resort sebelah..



soh Qayyum posing kat pokok kelapa nih alih-alih dia nak panjat plak..macam kan pandai jek manjat pokok..



jalan-jalan sampai ke port orang mancing nih..time nih air tengah pasang..risau jek terjatuh dalam laut tuh..huhuhu..tengah dok amik video air laut nih Qayyum sebok nak cuci slepar dia yg kene pasir..dia basahkan jek kaki bila angkat kaki slepar tertinggal..dia nak amik slepar tu tapi air laut macam tarik slepar dia..haihhh menjerit2 aku soh dia naik..biarkan jek slepar tuh..tapi berjaya gak la dia amik slepar tuh..urut dada mak ko nih tau!!



nih da maghrib..so patah balik..Nampak patung batu kuda laut nih so jom kita wefie..hehe



masuk hotel nampak Waiz tengah lari-lari kat lobi nih..panggil dia soh amik gambo kat tangga..haha



susah nak soh derang dok setempat..ni pon laju-laju snap pic..kalau x memang xdapat..



lepak kat sofa hotel..Hubby ajak g makan kat luar..sementara tunggu dia amik barang kat bilik kita wefie dulu..wehooooo



sebelum nak keluar wajib buang apa yang patut dulu..masuk toilet budak berdua ni ikut plak..cantik hiasan dalam toilet ni ada frame..berdiri kejap ibu nak amik gambo..hahaha

Lepas pusing-pusing nak cari kedai makan, perut rasa tak sedap..tengok restoran ramai lak orang..terus ajak hubby balik hotel..malas nk tunggu lelama..ngan anak-anak buat perangai lak nanti..so room servis jek la..malam merdeka ni lepak hotel jek..hehe

Esoknya lepas check out g Alive 3D Art Museum kat Lukut..nanti sambung enty lagi yer..


Love,
PB Lover

No comments:

Post a Comment