Thursday, September 3, 2015

The Grand Beach Resort, Port Dickson



Assalammualaikum wbt,

Ahad lepas, kitaorang 1 family pegi bercuti di Port Dickson..stay kat The Grand Beach Resort Port Dickson..book melalui Booking.com jer..harga untuk 1 malam RM280.00..memang plan untuk stay 1 malam jer sebab Isnin kan cuti Merdeka..yeahhh

Sabtu malam gerak balik Senawang sebab hubby cakap dekat nanti nak gerak g PD..so petang sabtu siap-siap packing barang semua..lepas Isyak baru gerak balik kampong..

Ahad pagi, lepas sarapan dalam pukul 9.30 pagi camtu kitaorang gerak g PD..anak-anak dalam kete dah seronok nak mandi laut katanya..

Nak ke sini senang jek sebab guna Waze kan..tau-tau dah sampai depan hotel..ehh dekat nya..tengok jam baru pukul 10++...nak check in memang tak boleh lagi sebab pukul 3 petang baru check in nya...gilerrr awal dah sampai kan..tapi memang itu pon tujuannya nak sampai awal sebab nak mandi laut dulu puas-puas..park jek kete kat hotel then terus ke pantai..paling best sebab hotel ni ada private beach..so takde la crowded sangat kan..bertenang-tenang jek nak mandi manda..


ni gambar lobi..cantik dengan hiasan kemerdekaannya..


ni pulak tempat makan..kemas dan bersih..


swimming pool...depan tu jek pantainya..dekat sangat..


pandangan bilik hotel dari taman...3 tingkat jek hotel nih..


pasir pantai yang bersih dan putih..takde orang sangat sebab panas terik nih..lepak bawah pokok besar jek..



Hubby teman anak-anak mandi laut, main pasir, korek pasir, tangkap ketam..


Suka Qayyum dan Waiz dapat mandi kolam besarrrrrrr...panas-panas terik pon tetap nak mandi laut..gasak la korang kehitaman pastuh..hahaha


Slamber jek mandi laut walaupon panas terik..



air surut so takde la dalam sangat kan..air laut pon bersih jek..



Dah siap pakai suar mandi tapi tak bole nak mandi sebab 'bendera merah' lak pagi tuh..spoil betul!!!



siap belikan mainan tuh sorang 1 sebab nak bagi main pasir...tapi tak main sangat pon..asik mandi laut je kejenya..

Dari jam 11++ pagi mandi laut sampai lah jam 3 petang derang ni dok main pasir mandi laut..bayangkan tengah panas-panas terik tu mandi laut..tak ke hitam memasing..pakai sunblock buat cukup syarat jer..tepat jam 3 petang, aku terus check in amik kunci bilik pastu panggil derang ni soh naik..moh le kita masuk bilik..panas sangat dah nih..


ini bilik dan katil kitaorang..2 single bed..view jalan raya..cehhh
dalam bilik air ader bathtub..terus suh anak-anak mandi dalam tuh..sambung main air lagik sampai kecut..hahaha..dah siap mandi buat susu siap-siap ingat nak soh derang tido tapi bapaknya plak yang tido..anak-anak dok layan tv cite boboi..

dah pukul 4++ petang camtu perot rasa lapa plak..nak keluar malas so room service jer..order spageti oglio olio..tak sedap sebab tawar...tapi makan jugak la sebab lapa kan..



order chicken chop untuk anak-anak..sedap tapi kuah tuh sikit sangat plak..lepas makan lepak dalam bilik jer sejukkan badan..hahaha

petang tu ada jalan-jalan tepi pantai berduaan dengan Qayyum..nanti kita update entry baru ehh..tungguuuuu


Love,
PB Lover









Monday, August 24, 2015

PREMIUM BEAUTIFUL : JOURNEY TO BECOME PB EXPERT 3

Assalammualaikum wbt..

Bersambung siaran part 3 pulak..kali ni kita ke Ampang..fitting ibu baru bersalin anak no. 2..customer ni dapat tau pasal Premium Beautiful melalui Instagram jer..media social sekarang memang memainkan peranan yang sangat penting dalam bisnes ni..sebab kebanyakan orang suka beli barang secara Online jer..

Sampai dah ke lokasi rumah client. Untung Bzah ada extra set in hand sebab bukan apa, mudah nak try size mana yang sesuai nanti dengan client so tak de la berkali kali nak kena ulang alik datang fitting client kan.

Muka tuh dah kenapa??? hahaha...time nih tengah buat product sharing..mentor bagi tugasan untuk Bzah terangkan tentang Premium Beautiful..Alhamdulillah dapat present dengan baik dan customer pon paham..itu yang paling penting..

Nahhh...mentor dah keluarkan korset PB untuk bagi customer rasa jenis fabrik yang sangat lembut dan best..lepas tuh zassss terus ukur-ukur dan fitting..senang sangat bila ada stock in hand, customer tak perlu tunggu lama untuk pakai..

Siap buat air teh dan hidang kek lagik..tqvm Lin atas layanan dan makanan yang diberikan...

We are Premium Beautiful Expert yang akan memberi service terbaik untuk anda yang mendapatkan khidmat dari kami.

Gambar testimoni client tak dapat nak share sini coz tak berapa sesuai. Tapi apa yang boleh bagi tau, lepas pakai PB Corset ni, customer terus happy sebab dia berazam nak dapat shape badan cantik sebelum masuk kerja nanti. Ye la kerja kat KLCC kan so body mesti nak kena cantik.

Whatsapp Bzah
0192924228
untuk FREE FITTING/PRODUCT SHARING/BUSINESS SHARING area KL, Putrajaya dan Negeri Sembilan


Love,
PB Lover









PREMIUM BEAUTIFUL : JOURNEY TO BECOME PB EXPERT 2

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah, bersambung dengan entri sebelum ni, selepas selesai urusan di hari pertama punch stock, fitting dan sharing session terus up testimoni yang pertama.

Hari berikutnya, kali ni ke Putrajaya pulak. Nak share tentang Premium Beautiful yang tak pernah putus permintaannya.



Tengah fitting customer..Alhamdulillah walaupon masih baru lagi tapi atas tunjuk ajar dari mentor Salleha Roslan berjaya ukur dengan tepat..


Lepas fitting, terus bagi penerangan tentang produk dan bisnes. Nampak tak mentor yang buat presentation & Bzah hanya duduk di sebelah observe & belajar cara-cara untuk buat presentation..everything is about learning process..

Alhamdulillah..end of the day..customer berpuas hati dengan product & business sharing oleh mentor Salleha Roslan..sangat mudah untuk jual korset Premium Beautiful nih bila semua saiz ada di tangan..

Okey, bersambung dengan entri seterusnya..kita ke Ampang pulak lepas ni..tungguuuuuu

tapi, kalau nak dapatkan FREE Fitting tak perlu tunggu yer,

Whatsapp Bzah
+60192924228


Love,
PB Lover

Friday, August 21, 2015

PREMIUM BEAUTIFUL : JOURNEY TO BECOME PB EXPERT

Assalammualaikum wbt..

Entry ni khas untuk diri sendiri sebagai kenangan di masa depan tentang bagaimana aku boleh join bisnes korset Premium Beautiful ni..sejujurnya dah lama aku tau pasal Hai-O Marketing pada tahun 2007..masa tuh baru jek masuk keje kerajaan..memang orang sana sini sibuk la pasal bisnes nih..dulu popular dengan Bio Aura..ingat lagi kawan opis ajak dinner sama-sama kat Taman Warisan..ingatkan dia nak belanja sate tapi rupanya ada udang di sebalik mee..cara penerangan pon macam paksaan join bisnes tuh..so memang takla kan..tapi memang kebanyakan orang putrajaya time tu join bisnes nih..tapi itu dulu masa tahun 2007...


dalam tahun 2013-2014..slalu la stalk FB Salleha Roslan (ex-schoolmate sekolah rendah)..tengok gaya hidup dan personaliti di sangat menarik dan berubah..selalu pegi melancong sana sini..hoihhh dah macam orang kaya lak gayanya..so PM dia tanya apa dia buat..so dia cite la dia buat bisnes korset bla..bla..bla..so macam hurm ok..no respon pon nk join..conversation tu tergantung dalam setahun gak la...so end of 2014 PM balik salleha tanya dia if nk join macam mana and so on.....

Alhamdulillah, Allah telah bukakan pintu hati dan lorongkan hati untuk jumpa ngan Salleha dan end-up jadi Business Partner dia..syukur sangat-sangat..1st month buat bisnes dah dapat bonus hampir RM5,000.00..ya Allah hepi sangat masa tuh..


Nih masa register ahli..end of 2014

Seminggu lepas daftar, berjaya dapat modal daripada Bank Rakyat..tqvm Bank Rakyat bagi modal untuk start bisnes nih..Alhamdulillah


Terus punch stock kat stokis...nampak banyak kan stok-stok tuh tapi percayalah tak sampai sebulan LICINNNNNN.....


Lepas punch stock Premium Beautiful berset-set tadi, petang nye kami terus ke AEON Cheras untuk berkongsi kebaikan product pada client yang merupakan senior agen Takaful. Dan Alhamdulillah ketiga-tiga mereka sangat tertarik dengan kelebihan Premium beautiful.


Dah alang-alang tu share kan je sekali peluang jana pendapatan bila Premium Beautiful dah tersarung kat badan. Sebab bukan apa, sayang sangat bila dah pakai kita tak tau pun yang sebenarnye PB Corset ni selain bagi benefit pada tubuh badan kita, PB jugak membantu bagi benefit untuk duit poket kita. Just Imagine la, satu set PB Corset tu kalau betul-betul uol follow cara, memang boleh dapat satu set je dalam RM500-RM1000









Best tak? Lepas share benefit PB je terus client nak pakai pb kat situ jugak. Tak perlu share buruk produk pesaing pun, just share kelebihan Premium Beautiful aje pun memang dah boleh buat orang tu meleleh air liur nak pakai PB Corset time tu jugak.


Dan untung la Bzah Ismail sebab baru tengahari tadi je punch PB Corset. Tau-tau petang ni dah ada buyer. Tu kelebihan bila mula berniaga dengan ADA STOK IN HAND. Bayangkan ye, bila client dah teruja ni dengar pasal PB Corset tapi alih-alih kita pulak tak de ready set in hand. Silap-silap balik nanti dia terus survey agent lain je sebab duit dah ada, tinggal tak sabar sangat je nak pakai PB time tu jugak. 




Terus dapat testimoni. 
Hari ni 1st day mula business, hari ni jugak terus dapat customers.

 Hebat testimoni Premium Beautiful ni sebab dalam masa yang singkat je someone boleh dapat bentuk badan idaman. Area-area penting badan manusia, semua PB akan bantu untuk push up kan.






Okey, nanti sambung next entri untuk appointment ngan PB Customer di Putrajaya dan Ampang...




Love,
PB Lover




Income dari Malaysia, Brunei Dan Singapore

Assalammaualaikum wbt..







Alhamdulillah rangkaian business semakin melebar ke Singapore dan Brunei...produk terlajak laris korset Premium Beautiful bukan sahaja tengah hot di Malaysia tapi hot jugak hingga ke Negara jiran.. 


Untuk uol yang ada impian nak berkerjaya sebagai#WorkFromHomeMama boleh je mulakan dari sekarang...sebab success perlu proses... Dan tak kan ada masa yang tepat untuk kita bermula jadi apa kata mulakan je dari sekarang... Nak tau cara berniaga online dengan Bimbingan dari proven success mentor di TLC, boleh je jangan segan-segan pm Bzah ye


Trusted PB Expert TLC
Bzah Ismail
Whatsapp 0192924228




Love,
PB Lover






New Style..New Packaging

Assalammualaikum wbt..






Tak sabar nak perkenalkan packaging baru Set Korset Premium Beautiful..dah ala-ala shopping kat butik terkemuka pulak..memang stylo habis lah...







Here it is...our new packaging of set Premium Beautiful










Cantik tak?? cantik tak?? macam shopping kat butik mewah kan..so let's shopping!!

Whatsapp 019-2924228
Rabizah
Trusted PB Expert TLC

Special Rebate + BBPlus Collagen

Wassalam...


Real Testimoni daripada pengguna Korset Premium Beautiful

Assalammualaikum wbt...


Di sini saya dengan berbesar hati ingin berkongsikan our Real Testimoni daripada pengguna korset Premium Beautiful daripada pelbagai latar belakang masalah kesihatan..










Oleh itu..lebih baik kita mencegah dari awal sebarang penyakit/masalah kesihatan yang kita tidak tahu daripada kita merawatnya...sebabnya kos perubatan sekarang nih melampau tinggi...dengan sedikit pelaburan yang kita buat sekarang ini, Insyallah dengan izin-Nya pelaburan kita tuh berbaloi demi kesihatan dan kesejahteraan kita di masa akan datang...fungsi utama PB nih adalah
70% UNTUK KESIHATAN dan 30% UNTUK KECANTIKAN..

dalam pada untuk kesihatan, tak payah susah-susah nak diet makan bagai nak rak tapi kurusnya belum tentu kan..bila dah ada cara mudah begini, janganlah tunggu lagi...


Whatsapp 019-2924228
Rabizah
Trusted PB Expert TLC

Special Rebate + BBPlus Collagen

Wassalam...

Monday, August 10, 2015

Syawal Gathering with Dolomite Family Members..

Assalammualaikum..

Alhamdulillah..5 Ogos yang lalu, Dolomite team telah mengadakan Syawal Gathering di Dolomite Training Centre, Batu Caves..

Sangat happening dan hidangan melazatkan..yummylicious!!

Bersama mentor-mentor Jutawan dan hebat..harap-harap aura jutawan tu meresap ke dalam hati nurani nih..kihkihkih..sape tak nak jadi jutawan kan...so lets enjoice the photo kay..







Peace

Bzah Ismail

Jalan-jalan cari makan..

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah..asal weekend jer makan free..asal makan free jer weekend..hahaha

Seronok weihhh..tak yah penin-penin nak pikir menu apa untuk dimasak..kita makan free jer kat Open House..

Sabtu lepas ada 3 jemputan rumah terbuka tapi hanya mampu pegi 2 buah rumah jer..tak larat kepenatan..In Laws plak tetiba call kata nak datang umah sabtu pagi tuh..so laju-laju g Giant belakang umah beli spageti, lamb shoulder, salad...kita masak menu western jek..sap sap soi masak laju-laju dah siap..lepas jer derang balik, siap cepat-cepat pegi rumah terbuka jiran selang beberapa rumah ngan lorong depan rumah..sib baik dekat jek..malam tuh terbongkang kepenatan...hahahaha..nak amik gambau memang tak dan la sebab asyik sangat buat itu ini kan..

Ahad plak adik ipar buat rumah terbuka kat Senawang..so moh le kita ke sana..gerak lepas Zuhur..sampai sana ngam-ngam sate baru nak bakar..ada soto, sate, kuih muih, nasi impit, nasi lemak..makan sesaje sebab memang tak masak kat umah kan..stakat alas perut makan jemput-jemput ikan bilis ngan lempeng jek..mana cukup kan!!!..abes makan lepak umah mak mertua jap..sebelum maghrib gerak balik KL..otw tuh hubby tanya lapa lagi tak??..amboiiii...sebab dia ngajak g open masjid lak kat masjid BTHO...hahaha open masjid ehh!!!..sebab bukan buat kat umah tapi kat masjid..layan la makan malam kat sinun solat bagai...sampai umah kepenatan...mandi manda trus tido..wow bagus sangat perangai kan kenyang perut trus tido...so weekend ni ade lagi jemputan ker???..macam ada jek...hahaha gantung kuali lagi laaa.....

Peace
Bzah Ismail

Header Blog Baru..

Assalammualaikum wbt..

Alhamdulillah..header blog baru siap...thank you very much pada En. Asri / grafikhebat yang telah berjaya buat design header seperti yang saya inginkan..tema bunga sakura..yeay..hepi me!!!..so sesape yang nk design header yang kreatif cun melecun bole email kat grafikhebat@gmail.com..bayaran pon murah jer..

wassalam...

Bzah Ismail

Friday, July 31, 2015

Dolomite Class dan Dolomite Excellent Award

Assalammualaikum..


Setelah sebulan kelas Dolomite dihentikan seketika sempena bulan Ramadhan, pada 29.7.2015 (Rabu) pintu kelas Dolomite telah dibuka untuk sesi 'Refresh & Top-up' ilmu...speaker malam tu memang hebat-hebat belaka...seronok sangat dapat hadir majlis ilmu dan aura positif terus meresap dalam jiwa..paling bermakna malam tu bila seramai 12 orang daripada team Top Leaders Circle diraikan kejayaan mereka..dengan usaha dan semangat yang jitu dan berterusan..kejayaan pasti dapat dicapai...


'Monkey sees, Monkey do'

'Untuk dapat yang best, perlu buat yang tak best dulu'
- CDM Zura

Setinggi-tinggi tahniah kepada penerima Anugerah Pencapaian Terbaik


Your achievement inspire others to become like you too..congratulations

TRUSTED PB EXPERT TLC
Rabizah Ismail
Whatsapp 019-2924228
feel free untuk contact tentang bagaimana untuk dapatkan income sehingga RM xx,xxx.00 sebulan bersama TLC..

yang nak dapatkan FREE FITTING PB pon bole jugak...yang nak beli cash dan dapat REBATE+BBPLUS COLLAGEN 

Wassalam...

Selamat Hari Raya 2015..

Assalammualaikum...


Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin #syukurselalu...


Syawal tahun nih macam-macam hal berlaku terutama masalah kesihatan...


mak sendiri tetiba sakit kaki sampai tak boleh nak jejak Tanah..end-up hantar klinik untuk cucuk ubat tahan sakit (kebarangkalian kesan daripada penyakit kencing manis mak)...




3 hari lagi nak 1 Syawal, mak mertua Senawang demam+batuk pulak...end-up takde selera nak makan so tenaga takde (kebarangkalian hypo sebab kurang gula dalam darah)..almost 2 weeks on off demam batuk..3x pegi check klinik dan doctor advise terus refer Hospital Besar Seremban..8 Syawal mak kene tahan wad dan Alhamdulillah 10 Syawal dah bole discaj...keadaan mak beransur pulih ketika ini...




mak mertua Labu pulak tangan rasa kebas2 mungkin kesan strok sebelum nih menyerang kembali...end-up kakak ipar bawa mak pegi buat rawatan akupunktur kat Bangi...


Waiz pulak on off demam + selseme jugak tapi tak bagi makan ubat pon..biar dia lawan sendiri penyakit tuh..Alhamdulillah beransur ok jugak...




tahun nih tak berapa nak jalan beraya sangat...mak pon tak balik kampong sebab kaki sakit...so sedara kat kampong yang datang beraya kat KL...cuma pagi Syawal seperti biasa tahun-tahun sudah akan melawat kubur arwah Abah, singgah rumah biras kat Kampung Baru pastu balik umah sambung tido..hahaha..tahun nih turn beraya Senawang benornya tapi nasib baik LEKAS ada kan..so bole la lari-lari balik umah Cheras kejap...lewat petang baru balik Senawang...




Raya kedua, kakak datang Senawang sebab nak g jalan raya kat Rembau, umah kakak sepupu (umah wajib gak tetiap tahun raya)..so pagi tuh laju-laju masak sup ayam jer 1 periuk..senang keje mak mertua nanti kalau ada orang datang nak beraya adalah menu nanti..




Raya ketiga sambung raya kat Labu pulak sampai raya kelima...pusing-pusing situ gak..kat Labu meriah sebab semua ipar anak buah ada berkumpul..masak sehari 2x tapi kuantiti banyak..macam nak kenduri jek rasa..hahaha...okeylah saya share gambar je la ehh...



nih jer gambar sekeluarga yang sempat ambil sebab anak-anak buat perangai lak pepagi raya tuh..



sementara tunggu ayah balik dari surau sembahyang raya..



lepas semayang jumaat lepak umah kejap...abang ipar park moto nih kat umah..dapatlah en.suami merasa bawa moto nih..Qayyum lak kemain posing macam tuh...

Raya Kedua - Rembau



Jubah dari Minaz..suka kale hijau nih..kat umah sepupu..



Orang Bandar masuk kampong..jakun tengok kambing jinak nih...



Layankan ajer aksi en.suami nih..



peminat tegar durian..orang lain makan nasik, dia makan durian lak..



memula takot, bila dah ok kemain bagi kambing makan daun rambutan..



Sebelum balik KL..singgah Labu kejap...









Dikesempatan ini, saya dan keluarga ingin mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2015 MAAF ZAHIR BATIN 
 (tema biru tahun nih)

Wassalam...




Thursday, July 30, 2015

Tsunami PB di Hari Raya...

Assalammualaikum wbt..


Orang lain dok sibuk jalan raya sana sini tapi kami di Top Leaders Circle pon dok sibuk top-up korset Premium Beautiful...untung la yang buat Tsunami PB bulan nih sebab dapat rebate+bonus besar 11.8.2015 nanti..




Kami di TLC memang diajar dan terlatih bab-bab ukur badan customer yang nak kembali ramping dan mantap..sebab tuh kami diiktiraf sebagai Pakar Premium Beautiful @ PB Expert..korset yang terpaling laris di pasaran ketika ini..permintaan daripada wanita-wanita yang di luar sana tak pernah putus-putus..setiap hari ada jek yang Whatsapp tanya pasal pb nih..




nah ini buktinya Tsunami PB dari Top Leaders Circle
















Segera dapatkan set korset Premium Beautiful anda sekarang dan dapatkan rebate+BBplus Collagen secara PERCUMA...


Trusted PB Expert TLC
FREE FITTING/CONSULTATION
Rabizah
Whatsapp 019-2924228 

Wassalam...