Friday, March 28, 2014

Petua Jimat dan Mudah dari Alam...

Assalammualaikum....


Anda miliki masalah jerawat???
Kulit muka kering dan kusam???
Sanggup berhabis duit hanya untuk mendapatkan kulit muka seperti artis??
dah macam-macam produk penjagaan muka di pasaran sekarang kan...
pilih jek mana yang nak....tapi sama ada berkesan atau tidak...
bergantung kepada kulit individu...


ai ada kawan yang ada masalah jerawat yang agak 'heavy'...
macam-macam produk dia try....
pantang ada orang suggest mesti beli...
tapi berkesan atau tidak.....macam tak jeeeeeeeee
sebab dia guna tak habis....
so produk tu tak berapa nk berkesan pada kulit dia....
jenis tak sabar nih....


tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....................xperlu la membazir bila kita boleh gunakan dari tumbuhan....
okeh nak berkongsi petua nih....
get ready ngan pen dan kertas.....kuikuikui......


1. Putih Telur
Putih telur ayam mengandungi berbagai-bagai zat aktif yang berkhasiat untuk menjaga, merawat dan memberikan nutrisi tambahan pada pori-pori kulit wajah. Bagi mereka yang tidak mempunyai alahan kepada telur, penggunaan putih telur menjadi antara solusi terbaik bagi rawatan muka tanpa kos yang tinggi. Hanya sebiji telur untuk sekali guna, putih telur boleh menghilangkan parut jerawat pada wajah seseorang. Penggunaan putih telur dipercayai dapat menghilangkan kotoran seperti minyak pada wajah selain menghindarkan muka daripada terus berjerawat. Cara membuat masker telur :


* Asingkan putih telur dengan telur juning. Sediakan kapas yang berbentuk segiempat dan calitkan putih telur itu seterusnya ratakan pada muka. Selepas semua kapas diratakan di seluruh muka, tunggu sehingga kering. Tanggalkan kesemua kapas dan perhatikan kotoran di kapas itu. Ulang cara ini sebanyak 2x sebulan.


2. Oat
Oat merupakan makanan berkhasita yang kaya dengan serat , rendah kalori dan kolestrol. Selain untuk makan, oat juga mampu merawat masalah muka. Fakta ini diakui oleh ramai pakar kecantikan di mana apabila oat dicampurkan dengan air dan disapu pada muka, mampu memberi kesan positif melalui khasiat daripada oat itu. Oat mampu melembapkan kulit muka bagi mereka yang menghadapi masalah kulit kering. Oat yang dijadikan masker mampu menyingkirkan kotoran pada muka dan membersihkan pori-pori kulit wajah sehingga mengecil seterusnya mengelakkan kulit muka menjadi kusam.


3. Tomato dan epal
Sedap dijadikan salad nih...hehe. Tomato dan epal digunakan untuk melicinkan kulit.


* Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada muka dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan cuci dengan air suam.


4. Manjakani
Selain digunakan semasa berpantang bagi ibu baru lepas bersalin, manjakani juga mempunyai khasiat untuk merawat muka.


* Caranya dengan merebus segenggam manjakani di dalam periuk Tanah sehingga mengelegak dan pekat. Air rebusan sudah suam, sapukan pada muka dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cuci dengan air bersih.


5. Daun Senduduk
Daun nih macam daun sirih tapi ada beza skit. Mak-mak kita suka jadikan ulam cicah dengan sambal belacan.mak aihhhh terangkat...tapi selain wat ulam boleh juga digunakan untuk menghilangkan parut di muka.


* Caranya dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan sehingga keluar air dan gosok daun pada parut. Nak hilangkan jerawat pon boleh dengan mencapurkan airnya dengan bedak sejuk.


6. Lobak
Ha....ini untuk menegangkan kulit yang berkedut.


* Caranya dengan bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan. Campurkan larutan lobak merah bersama-sama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur (kuning telur lebihan wat masker putih telur tadi.Jimat). Kacau sehingga sebati dan oleskan pada muka sekali sehari.


Nahhhhh................jimatkan. Sambil2 buat masakan @ lauk bole jugak wat rawatan muka. Patut la orang dulu-dulu muka bersih-bersih, licin, putih takde jerawat sebab derang nih sambil masak sambil tepek kat muka....hahahaha....kalu potong timun tu kan...sekeping susun kat pinggan...sekeping susun kat muka...penuh pinggan penuh la 1 muka dengan timun....


sebenarnya banyak lagi petua-petua dari tumbuhan nih tapi nanti ai citer lagi yer....


petikan petua di atas adalah daripada Berita Harian 25.3.2014.


Cuba jangan tak cuba....mujarab tau....


k lah babai....


wassalam

No comments:

Post a Comment