Friday, March 28, 2014

Petua Jimat dan Mudah dari Alam...

Assalammualaikum....


Anda miliki masalah jerawat???
Kulit muka kering dan kusam???
Sanggup berhabis duit hanya untuk mendapatkan kulit muka seperti artis??
dah macam-macam produk penjagaan muka di pasaran sekarang kan...
pilih jek mana yang nak....tapi sama ada berkesan atau tidak...
bergantung kepada kulit individu...


ai ada kawan yang ada masalah jerawat yang agak 'heavy'...
macam-macam produk dia try....
pantang ada orang suggest mesti beli...
tapi berkesan atau tidak.....macam tak jeeeeeeeee
sebab dia guna tak habis....
so produk tu tak berapa nk berkesan pada kulit dia....
jenis tak sabar nih....


tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....................xperlu la membazir bila kita boleh gunakan dari tumbuhan....
okeh nak berkongsi petua nih....
get ready ngan pen dan kertas.....kuikuikui......


1. Putih Telur
Putih telur ayam mengandungi berbagai-bagai zat aktif yang berkhasiat untuk menjaga, merawat dan memberikan nutrisi tambahan pada pori-pori kulit wajah. Bagi mereka yang tidak mempunyai alahan kepada telur, penggunaan putih telur menjadi antara solusi terbaik bagi rawatan muka tanpa kos yang tinggi. Hanya sebiji telur untuk sekali guna, putih telur boleh menghilangkan parut jerawat pada wajah seseorang. Penggunaan putih telur dipercayai dapat menghilangkan kotoran seperti minyak pada wajah selain menghindarkan muka daripada terus berjerawat. Cara membuat masker telur :


* Asingkan putih telur dengan telur juning. Sediakan kapas yang berbentuk segiempat dan calitkan putih telur itu seterusnya ratakan pada muka. Selepas semua kapas diratakan di seluruh muka, tunggu sehingga kering. Tanggalkan kesemua kapas dan perhatikan kotoran di kapas itu. Ulang cara ini sebanyak 2x sebulan.


2. Oat
Oat merupakan makanan berkhasita yang kaya dengan serat , rendah kalori dan kolestrol. Selain untuk makan, oat juga mampu merawat masalah muka. Fakta ini diakui oleh ramai pakar kecantikan di mana apabila oat dicampurkan dengan air dan disapu pada muka, mampu memberi kesan positif melalui khasiat daripada oat itu. Oat mampu melembapkan kulit muka bagi mereka yang menghadapi masalah kulit kering. Oat yang dijadikan masker mampu menyingkirkan kotoran pada muka dan membersihkan pori-pori kulit wajah sehingga mengecil seterusnya mengelakkan kulit muka menjadi kusam.


3. Tomato dan epal
Sedap dijadikan salad nih...hehe. Tomato dan epal digunakan untuk melicinkan kulit.


* Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada muka dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan cuci dengan air suam.


4. Manjakani
Selain digunakan semasa berpantang bagi ibu baru lepas bersalin, manjakani juga mempunyai khasiat untuk merawat muka.


* Caranya dengan merebus segenggam manjakani di dalam periuk Tanah sehingga mengelegak dan pekat. Air rebusan sudah suam, sapukan pada muka dan tunggu sehingga kering. Setelah itu, cuci dengan air bersih.


5. Daun Senduduk
Daun nih macam daun sirih tapi ada beza skit. Mak-mak kita suka jadikan ulam cicah dengan sambal belacan.mak aihhhh terangkat...tapi selain wat ulam boleh juga digunakan untuk menghilangkan parut di muka.


* Caranya dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-uparkan sehingga keluar air dan gosok daun pada parut. Nak hilangkan jerawat pon boleh dengan mencapurkan airnya dengan bedak sejuk.


6. Lobak
Ha....ini untuk menegangkan kulit yang berkedut.


* Caranya dengan bersihkan sebatang lobak merah dan kemudian parutkan. Campurkan larutan lobak merah bersama-sama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur (kuning telur lebihan wat masker putih telur tadi.Jimat). Kacau sehingga sebati dan oleskan pada muka sekali sehari.


Nahhhhh................jimatkan. Sambil2 buat masakan @ lauk bole jugak wat rawatan muka. Patut la orang dulu-dulu muka bersih-bersih, licin, putih takde jerawat sebab derang nih sambil masak sambil tepek kat muka....hahahaha....kalu potong timun tu kan...sekeping susun kat pinggan...sekeping susun kat muka...penuh pinggan penuh la 1 muka dengan timun....


sebenarnya banyak lagi petua-petua dari tumbuhan nih tapi nanti ai citer lagi yer....


petikan petua di atas adalah daripada Berita Harian 25.3.2014.


Cuba jangan tak cuba....mujarab tau....


k lah babai....


wassalam

Thursday, March 27, 2014

#MH370#inhistory#malaysia#

Assalammualaikum...


Trajedi MH370 sangat terkesan kepada semua rakyat Malaysia..
terutama ahli keluarga/sahabat penumpang/krew MH370..
kuasa ALLAH swt tiada tandingannya...
bila KUN FA YA KUN....nothing can we do...
hanya mampu berdoa dan terus berdoa...
agar dipermudahkan usaha mencari MH370...
aminnnnn.........


tengok kat youtube kapal di atas lautan hindi..
adehhhh...aku pening kepala..
bila tengok ombak....serammmmmmm...
terbayang pulak sekiranya penumpang/krew MH370 berada di tengah2 lautan hindi tu...
tak tercapai akalku......
nih pon masih ada saki baki sakit kepala lagi...
akibat berjaga selama 12jam...
bahana study last minit..
esok nak exam mlm tuh baru nk study...


k la bersambung lagi.........


wassalam...





Monday, March 24, 2014

Election Dun Kajang

Assalammualaikum...

Ini kisah semalam...
satu malaya dah tau 23.3.2014 adalah hari mengundi bagi DUN Kajang..
aku adalah salah seorang pengundinya...

alkisah di hari mengundi...
dengan muka tak bersalah aku slamberrrr jek sarung baju biru serupa baju PKR...
waaaaa........sampai kat sek agama batu 10 aku rasa mcm...ehhhhh
arrrrrrrr baju sama ngan penyokong PKR la pulakkkkk...
mesti derang bajet aku X PKR....

isk....xpasal2 aku jalan pandang tar jek...
malu beb.....
macam mana aku bole tercapai baju kale biru nihhhh...
malas nk patah balik umah tukar baju semata-mata kannnn...
kang tak keluar umah aku anak2 nak ikut lak...

kejap jek ngundi nyer...
xsampai 30minit dah setel...
xramai orang...
mungkin ramai yang dah pegi bercuti @ balik kampong...
cuti sekolah dah start kan....

abes memangkah...laju2 jalan balik rumah...
wasap ahkak2 yang lain tunjuk jari biru...
memasing memang belum kuar ngundi la kan...
sebab baru jam 8.30am...

sampai rumah...lepak2...layan anak2...
baru nk bukak buku jek...
pin..pin..ada tetamu datang rumah...
okeh yg tu malas nk cite...
bikin panas jek....

keputusan malam tuh tak tengok sebab dah tido...
PRK menang majoriti kan....

aku undi sape......biarlah rahsia.....kuikuikui

k la babai....

wassalam....

Kisah Hari Pertama Exam....

Assalammualaikum...

beberapa hari nih xonline & update blog..
bz menelaah...
kira last minit preparation...

alhamdulillah...
hari yang ditunggu2 telah tiba...
final exam bermula hari ini 24.3.2014, subjek PAD 365
di dewan raja muda musa, seksyen 7, shah alam...

keluar rumah sebelum jam 7am..
sampai dewan lebih kurang 7.45am..
ikut laluan connought-npe-federal-shah alam..
alhamdulillah trafik berjalan lancar..
xnk ikut highway taman desa sebab jammed...

buat revision based on past year exam paper..
sangat membantu sebab bole target soklan apa yang akan keluar...
harap2 jawapan tadi dapat membantu beri markah yang banyak...
exam start 9am...tengok je soklan otak trus jammed...
byk sangat info dlm pale otak...
perlu masa untuk bertenang...sejam gak la...

lebih kurang 2jam lebih menulis non-stop...
perghhhhhhh krem jari2...lengan...
sampai da nk abes dakwat pen hitam..
terpaksa guna pen biru....hahahaha lantak la...
harap lecturer memahami situasi...

jawapan lak pusing2 itu jek la...
ubah sket2 tapi memang hubung kait la...
kira logik jek la...
hahahahaha.....

rabu nih ada exam law299 pulak...
waaaaaaaaaaa...............

semoga Allah mengurniakan otak yang cerdas untuk aku menjawab soklan exam nanti....aminnnnnn

k babai....

wassalam....

Tuesday, March 18, 2014

Penjagaan Kulit Ekzema

Assalammualaikum....


Apa itu eczema?
Ekzema merupakan sejenis penyakit genetic yang dikaitkan dengan sistem pertahanan diri seseorang yang bertindak balas secara serius terhadap punca yang mengakibatkan alahan. Ini menyebabkan kulit menjadi kemerahan, gatal dan rasa pedih.


Tahap eczema :


ringan - sederhana : mengakibatkan kulit kering, panas dan gatal
serius : ia menjadi merekah dan boleh mengakibatkan pendarahan


Faktor-factor utama yang menyumbang peningkatan jumlah kes :


1) perubahan cuaca
2) peningkatan suhu
3) kelembapan disebabkan perubahan cuaca
4) pencemaran alam sekitar
5) pelbagai bahan tambahan kimia
6) bahan cuci kasar
7) logam dan kosmetik yang boleh mendatangkan kesan alergi kepada individu yang mudah menghidap eczema


Petua penjagaan kulit eczema :


1) hadkan penggunaan produk isi rumah seperti pembersih detergent, losen lepas mencukur, sabun gasoline dan turpentine.
2) pakai sarung tangan plastic atau vinil yang boleh melindungi kulit daripada terdedah kepada bahan-bahan yang berupaya menjejaskan kesihatan kulit
3) kain kapas atau kombinasinya kerana lebih selesa dan tidak menimbulkan iritasi kepada kulit
4) sewaktu mandi hanya menggunakan sabun lembut tanpa pembersih yang boleh digunakan dengan atau tanpa air. kekalkan suhu air pada kadar dingin atau suam dan bukan panas. berendam dalam tab mandi sekurang-kurangnya 15-20 minit adalah baik untuk kulit. ini kerana lapisan luar kulit boleh menyerap air dan mengelakkan kekeringan. gunakan tuala lembut untuk mengelap kulit dan jangan sesekali menggaru.
5) amalkan ubat doctor
6) elakkan menggunakan losen pelembap yang mengandungi pewangi dan pelbagai bahan tambahan. gunakan krim kerana ianya sesuai untuk kulit kanak-kanak dan tidak berminyak/mengandungi agen anti keradangan yang sesuai untuk kulit eczema. amalkan setiap hari.
7) elakkan daripada menggaru kawasan yang terdedah biarpun gatal kerana boleh menyebabkan kulit merekah. gunakan pelembap untuk menangani kegatalan tersebut.pakaikan sarung tangan kepada si kecil bagi menggelakkan si kecil daripada menggaru.
8) elakkan aktiviti yang boleh menyebabkan anda berasa terlalu panas dan berpeluh secara berlebihan
9) belajar cara menangani tekanan kerana boleh membantu mengatasi masalah ini daripada bertambah teruk
10) memerlukan penjagaan yang khas dan rapi


sumber daripada Utusan Malaysia, 18.3.2014


artikel nih bagus untuk sesapa yang mempunyai masalah eczema tahap ringan mahupon serius. kat pasaran sekarang nih dah macam-macam jual produk yang boleh membantu mengatasi masalah eczema nih.yang pasti gunakan produk yang berasaskan tumbuhan,halal,mendapat kelulusan KKM dan lulus ujian SIRIM.


semoga dapat membantu kalian...


wassalam

Monday, March 17, 2014

GM Klang...

Assalammualaikum..........


Semalam lepas kelas.......plan g GM Klang...
just nk cuci2 mata jek....
dah 4tahun ulang alik cheras-shah alam tapi xpenah jejak GM Klang...
dah last kelas baru nak g sana.....
itu pon berpusing nak carik jalan.............
dari sek 18 ikut highway ke Alam Impian...
bijak sangat amik exit Alam Impian....xpasal2 kene tol 60sen...
patah balik kene lagik 60sen...
cisssssssssss..................
Tanya org tol macam mana nk g GM Klang..........
jawapan bernas dia bagi 'Akak ikut signboard Klang jek' T______T


dengan gigihnya aku pon follow arahan ikut signboard Klang....
exit tol Klang Bandar DiRaja kene RM1.20 xsilap.....
trus jek sampai nampak signboard Banting.......
Nampak HTAR belah kanan...ok rasa macam dah betul laluan..........
tuptup..........dah sampai GM Klang *tepokbahuahkak*
Berjaya sampai..................


penat lar pusing2 dalam tuh...banyak nau kedainya....
pastu bila nk cari balik kedai yg pegi tu dah xjumpa...
tah mana2 lak kedai tu.....
sebab jalan sorang so xstress sangat...
xlama pon kat situ dalam sejam jek sebab dah petang sangat.........


balik lak ikut KESAS pastu gatal tangan pusing stereng masuk balik highway Alam Impian...
sebab nampak signboard Shah Alam/Lebuhraya Persekutuan.......
kalu lalu KESAS hadap jek la tol 3-4x nanti...
bila lalu highway tu rasa macam...ehhhhh macam kenal jek laluan nihhh..........
rupanya laluan ke sek 18..........
rasa macam nk ketok kepala kat stereng jek........
punya lah ikut jalan jauh sampai masuk klang........
padahal kalu ikut Alam Impian tu dah sah2 20minit jek sampai........
apa pon xbley lah..........
xpe pengalaman bila memandu nih...sesat jalan tu bagus untuk pengetahuan(ayat nk sedap kan hati)...


sampai umah anak dah menunggu depan pintu...
menyambut kepulangan ibu terchenta.....
kahkahkah...........kalu bawak anak2 g sana....rasanya 30minit je kot jln2 dalam GM Klang tuh..
xsanggup nak jadik tarzan dalam tuh...g sorang lagi aman...tapi xberapa nk aman sangat sebab pale otak dok pikir anak kat umh....hubby xpe dia bole jaga diri sendiri.........huhuhu....


ada aim beberapa barang nk beli nanti....harga memang murah kalu beli borong...tunggu lepas abes exam baru bole piker bisnes....hehe


k la babai......


wassalam...

Punah Harapan.....

Assalammualaikum....


Waaaaaaaaaaaa..............keciwa....plan nkg MATTA fair weekend nih tapi rupanya 14-16hb yer.......salah tarikh la plak......sobsobsob...punah harapan nk holiday tahun depan.....huhuhu...sape2 yang dah g MATTA fair best x offer???dengar2 nya harga jauh lebih murah berbanding sebelum nihhh...goodies bag pon banyak dapat.....kesian diri sendiri...sebok dengan kelas jek....xpe belum time lagi nk g holiday tahun depan.....tp holiday ngan family in law hujung tahun nih dah confirm...flight tiket pon dah beli...thank you to AIR ASIA...now everyone can fly....syabas beteh...


wassalam......

Sunday, March 16, 2014

Finally.....final class today...

Assalammualaikum...

syukur ke hadrat ilahi...
berjaya menghabiskan kelas untuk sem 8 nih...
harap2 kelas terakhir untuk grad diploma...
minggu depan dah start exam PAD...
insyallah...berkat kesungguhan dan doa..aku boleh jawab soklan exam dengan tenang..
kelas kali nih rasa cam cepat sangat berlalu..
tup2 dah final kelas....
kelas revision untuk bisnes math ada lg 2 kelas kot...xpe itu wajib pegi..

jam 8.15am kat highway federal tadi dah macam kat cameron highland lak..
jerebu yang amatttttt...bau asap..rupanya ada hutan terbakar kat area bandar puteri..
petang tadi dah clear....
takotnya pagi tadi masa drive....rasa macam da nk kiamat ker...
jerebu semacam jek...dok pikir macam ni ke tiupan sangkala nanti...
Allah hu rabbi.......matikan lah hamba mu ini dalam keimanan......aminnn...

pejam celik..pejam celik..dah 4tahun dok ulang alik shah alam-cheras..
dah xterasa jauh...dari anak sorang sampai anak dah dua...
nanti la cite pasal kenangan study kat INTEC Shah Alam Sek.17..
paling xbley blah dah final sem baru nk apply sticker kete UiTM...
kahkahkah....better late than never...ada gak kenangan UiTM di hatiku...

dah sanggap nih...
dari kol 2am tadi berjaga sampai la nih kol 8.30pm..
penangan last minit wat asaimen...
rasakan.....lepas ni berjaga untuk study exam plak...
no more kelas hari ahad....no more asaimen...no more i-class...no more..no more..
waaaaaaaa......mesti rindu waktu2 tu nanti....

lepas abes exam macam ada projek nk buat...
projek ape???tungguuuuuuuuuuuuuuuu...............
kuikuikui.........

k la nk berehat sebentar bersama kitkat...
ehh pagi tadi ada beli coklat lupa lak nk makan....esok je lahhhhh........

k bai...........

wassalam....


Tutur kata.....

Assalammualaikum.........


conversation di antara ibu dan qayyum petang semalam :


Ibu : qayyum takot hantu ke?(saje nyakat...)


Qayyum : A'ahhh ayum takot hantu...


Ibu : qayyum nampak hantu ke malam tadi?


Qayyum : A'aah ayum nampak hantu malam tadi...abang takottttt...abang tak bagitau bapak kau...abang xcite kat bapak kau....


Ibu : hah...bapak kau????sape bapak kau???


Qayyum : hehehe...ayah la bapak kau.......


Ibu : hahahaha....bagusssssssssss T_______________T


kene jaga bahasa ngan anak2 bila bercakap....slalu marah qayyum mesti ckp 'nih bapak kau punya pasal la nih'....kan anak dah ngikut..........aduyaiiiiiiiii


belum lagi dia jerit panggil ayah dia nak2 kalu ayah dia tak dengar.......SEPOL...oh SEPOL...mana SEPOL nih..........hahahahaha +_______________+ nih pengaruh nenek dia kat kg...


skang nih pon dah pandai menjawab........


bila Ibu tanya : nape qayyum pakai sepender jek nih??panas ker??


Qayyum : biasa lahhhh..............


hamboiiiiiiii.........nih mesti pengaruh kakak tina(sepupu) dia........sebab kakak tina selalu cakap biasa lahhh..biasa lahhh.........


paling klakar bila adik dia nangis pastu dia kepochi menyebok.......


Qayyum : apetai nih...apetai nih...cian adik waissss...(sambil pelok adik) abang ada...abang ada...
(apetai = apesal)


hahahahahaha..........pengaruh kuat nihhhhh


setiap hari ada jek kelakuan dan tutur bahasa dia yang menghiburkan hati.........


Ibu sayang Qayyum ketat-ketat.........


wassalam.....



Friday, March 14, 2014

LUPA....

Assalammualaikum...


rasanya semua orang kat donia nih ada sindrom lupa...
sama ada kronik atau biasa-biasa aje..
lebih2 lagi perempuan yang sudah melahirkan anak..
urat2 banyak terputus semasa proses melahirkan...
sebab tu kita digalakkan untuk mengamalkan makan kismis setiap hari...
tapiiiiiiiiii.....bila ingat je la....alasannnnnn.........LUPA...
sindrom LUPA ni dah sinonim dengan aku....
sebab setiap hari ada jekkkkkkkkkk hal yang aku lupa...
macam pagi tadi lupa nak bawak notis PTPK......
dah sampai opis singgah sarap kat kedai  jak makan nasi goreng...
masuk bilik je nampak ada biskut kat atas meja........lupa lagik semalam beli biskut kat care4...
kang tak tau la apa yang lupa lagik....
ish ish....bahaya tol lahhhhhh...


nak g buat announcement jap....


k babaiiiiii..........


wassalam

Wednesday, March 12, 2014

Take 5....bukan High 5 tau..

Assalammualaikum..


huhuhuhu....oksigen...oksigen...oksigen...
take 5 jap...kebuluran...
dari pagi tak dan nk sarapan trus masuk meting....
la nih baru habes meting..........
mata dah berpusing2 tahan lapar...


huhuhu.......pagi tadi beli kuih rm2(tamak sangat)...
alas perot makan kuih dlu...
kang baru nk kuar lunch....
seksa perot ai.......


wassalam...........

Tuesday, March 11, 2014

FINAL EXAM....

Assalammualaikum...


Final exam just around the corner...
mengharapkan si suami memahami situasi yang agak crucial ini...
ini adalah exam yang terakhir untuk menentukan grad atau kene repeat paper..
tapi entah lah..............paham ke x................
xnak semak kan kepala hotak ngan hal2 lain...
bak kata lecturer 'masalah2 rumahtangga tolak tepi.mintak kerjasama pasangan untuk uruskan anak2 dan hal2 lain.fokus study'...........


ya Allah..Yang Maha Suci...engkau permudahkan lah perjalanan ku.makbulkan lah permintaan ku.luluskan lah aku dalam exam kelak.sesungguhnya Engkaulah Maha Mengabulkan doa-doa kami....amin ya rabbal alamin.......


wassalam....

Monday, March 10, 2014

KERJA RUMAH.......

Assalammualaikum...

celik mata jek dah kene buat keje...
keje xpenah habes..
keje xpenah siap..
penatnyaaaaaaaaa...

hari nih cuti sebab mak ada appointment mata kat HUKM..
hubby xbole cuti sebab xde orang nk cover keje..katanya...
okey fineeeee....sms bos cakap nk cuti hari nih...

dari pagi tadi bangun dah start wat keje umah...
iron baju keje hubby...wat air nescafe...
waiz lak bangun2 nak ajak jalan amik angin kat luar....
bawak keluar naik beskal 30minit jek...

basuh baju....lipat baju 3 bakol penuh...
sapu umah....cuci cawan2...mandikan anak2...
buat sarapan untuk anak2...
penattttttttttttt.....take 5 jap minum ephyra...

sambung buat keje lagik........
sapu daun2 kering belakang umah....
layan anak2....nak susu lah..nak air coklat la...nk biskut la..

lagi 10 jam 12pm waiz da merengek2 nk tido..
bf kan dia trus lena.....
sambung lak wat assignment....
siap trus hantar kat lecturer....
harap2 dah xde assignment nk kene buat lagik..peningggg

mak baru balik dari sepital...xmakan lagik...
so nk g mamak jap tapow...ai malas nk masak..
penatttt............

k lah nk chow...

wassalam.......

p/s : kain jemur pagi tadi dah kering.....waaaaaa nk kene lipat kain lagik pasnihhh..penatttttt

Baucer Buku 1Malaysia (BB1M)

Assalammualaikum...


semalam mintak kebenaran bos nak keluar awal sebab nk pegi UiTM Shah Alam amik BB1M..
kuar opis dalam kol 11.35am...ikut KL masuk Federal......bajet jalan clear la...


tup tup....berderettttt kete kat area simpang brickfields sampai ke simpang mid valley.........rupanya derang tengah buat divider so tutup 1 lane jadik 2 lane jek....kat situ jek dah 30 minit..


jalan depan masuk federal....perghhhhh kete dah bersusun...bajet lagi lepas simpang kerinchi jalan clear sekali hah kauuuuuuuuuu....sepanjang jalan sampai simpang sunway jem nyerrrrr.....sejam setengah kat situ jekkkkk. cisssssssssssss berasap2 vontot dah la tengah panas terikkk....nasib ade kawan sembang sampai kering tekak....


masuk shah alam jalan clear sampai intekma...proses amik baucer xsampai 5 minit yerrrr.....tapi nak sampai ke situ punya lah berjam-jam....


kawan ajak makan KFC kat depan kampus induk...makan santai2...pastu trus gerak balik....kawan suggest ikut NKVE...okeh fine kita ikut jalan dia lak...kononnya jalan clear..........


rupernya sama gak jalan jemmmmmm sebab ada treler rosak kat lane ke-3.....huarghhhhhh nak nanges dah nihhhhh....bertabah jek la....sampai tol jalan duta....lalu depan istana lama....pon jem jugaksssss...ape ke hal suma jalan aku lalu nih jemmmm....


sampai opis dah petang...giler arrr sampai krem lutut...asik keje tekan brek jek....


xde plan lagi nk beli buku apa sebab dah last sem nih...mungkin nak beli buku anak2 separuh...balance beli buku motivasi...novel2 nih xminat lak nk baca....


k lah bersambung lagi....


wassalam...

Sunday, March 9, 2014

Susu Kambeng Coklat+Madu

Assalammualaikum...


Baru-baru nih ade order susu kambeng coklat+madu kat pn. nani...dapat nombor pon dari blog aty fared..saje nk test...


order hari ni,esok dah dapat..memang cepat...


beli nih pon sebab qayyum suka air milo..hari2 soh buat air milo..kalu kuar singgah petrol station mesti soh beli air milo (tapi beli air vico kotak)...


memandangkan susu kambeng banyak dan macam2 khasiat so better bagi dia minum susu kambeng jek..Alhamdulillah rasa sedapppppp dan xtau bau kambeng..itu penting xbau hamis...


qayyum pon elok jek minum sehari 3-4x repeat...waiz pon sama naik nak air coklat gak...apa abang dia buat dia pon follow jek..pengaruh sangat nihh...


sepaket 1kg = RM30 +RM10 postage...oklah rege mampu beli...mak minum air kosong jek sudey..


kalu sesape nk order & tau lebih detail khasiat susu kambeng nih leh tengok blog aty fared..sangat detail infonya..hehehe


oklah nk g lunch...lapowwww


wassalam...

Friday, March 7, 2014

Sabar lah wahai hati.....

Assalammualaikum....


Sabar lah wahai hati....
Jangan lah berdukacita kerana pasti Allah akan menghadiahkan pelangi selepas hujan..


Sabar lah wahai hati....
Menangis merayu lah kepada Allah sesungguhnya Allah yang lebih memahami..


Sabar lah wahai hati...
Teruskan lah berzikir dengan memuji nama Allah moga-moga hati ini tenang dan bersih dari segala kekotoran...


Janganlah bersedih wahai hati...
Janji Allah itu pasti...percayalah dan tawakal lah..


Sabar ye hati...
Ujian Rasul mu lagi hebat dari ujian kecil mu ini...


Allah Maha Mengetahui segala yang jelas dan tersembunyi...


wassalam...

Wednesday, March 5, 2014

Zikrullah...penenang hati

Assalammualaikum...


Pagi nih just nk share perjalanan dari opis ke pejabat yang hanya mengambil masa +- 20 minit jek..itu kalu hari minggu la..
kalu hari bekerja +- 40minit...kalu jalan tetiba sesak ya hamatt mau dalam sejam lebih...Cheras-Cochrane jek pon..xcecah 25km pon...hazabedah toll...


puncanya........pembinaan MRT.....xnak pikir yang negative yer...


kita amik dari sudut positif, MRT nih sangat berguna pada masa akan datang sebab dapat menjimatkan masa perjalanan dan minyak petrol.


dari segi pembangunan dan kemajuan negara,ianya sangat membantu untuk memajukan lagi ekonomi negara sebabnya investor luar akan berminat untuk invest ke Malaysia...so pendapatan negara meningkat, ekonomi berkembang...untungnya rakyat akan dapat BRIM lagik...hahaha mana tau PM nak bagi BRIM 1k lak pasnih kan...untung orang ramai namanya tuh....kuikuikui


dari sudut kerohanian, time nih la kita banyakkkkkkk masa untuk berzikir...sape tak stress kan dok hadap jalan sesak hari2 berjam2 tapi kalu kita tukar mindset,bukak cd zikir...perghhhhhhhh sejam stuck tak terasa ape pon sebab jiwa tenang beb....sampai opis kene marah ngan bos pon leh senyum lagik sebab kita sampai opis dalam keadaan paling tenang dan bersih..


dah berbulan dipraktikkan dan kekadang ada gak la terkeluar perkataan yg tak sepatutnya sebab tiba2 kete sebelah tukar lane xbagi signal kan..mau xterkejut tengah2 kusyuk zikir kan...tapi lepas tu cepat2 istigfar dan jiwa kembali tenang..pastu kalu tetiba sakit kepala...ubatnya ZIKIR jeeee....serius hilang sakit...ubat paling mujarab kat dunia nih...


korang yang tengah baca nih...memang la kita disarankan sentiasa berzikir tapi ikut dan je kannn sebab alasan banyak keje...sibuk...xsempat...xde masa....so bila tengah driving tu even 10 minit pon bukak la cd zikir...at least dapat gak pahala dalam tempoh 10 minit tu...ai kalu xbawak kete g opis hati kureng tenang sebab xdpt dgr cd zikir...kadang2 dalam tido pon terngiang2 lagu2 zikir...ehhh tetiba sedey lak..mungkin hati rindu ALLAH kot...jom kengkawan kita sama2 berzikir...ai beli cd keluaran hijjaz...ulang berkali2 pon xjemu...


ya ALLAH..engkau lembutkanlah hati kami agar sentiasa berzikir mengingati dan memuji Mu...aminnn


Wassalam

Monday, March 3, 2014

PANDORA CREATIONS

Assalammualaikum..


Tarikh : 28.2.2014 (Jumaat)
Masa : 12.30pm
Tempat : JPM, Putrajaya


Lunch hour kalu hari Jumaat kan lama sket so boleh la merayap lama sket..cuci2 mata yang dah kelabu asap nih..plan ngan kawan nkg putrajaya amik burung puyuh berempah(dah siap2 order sehari sebelum)..tepat jam 12.30 kwn bbm jom gerak..sebab ikut highway MEX so kejapan jek dah sampai putrajaya.lagipon ai yang drive memang trus menuju ke destinasi kat Menara Sri Wilayah amik barang dan perjalanan di teruskan lagi ke JPM..motif ke sana nk tgk barang jualan kot2 ada yang berkenan di hati...jalan punya jalan punya pusing masuk kat area pejabat pos tetiba tinggggggg....PANDORA CREATIONS...wowwaweeeee...cam menarik je..cam comel jek...kahkahkah macam insane jek haku nih..tanya ahkak yang jual..'brape rege gelang ni kak?'..'gelang RM10,charm ada yang RM5 dan RM10'..owh ok murah jek..'itu apa kak?'..'nih stopper,free je'..harap maaf saya xtau pasal gelang Pandora ni..even nk pakai pon xreti tapi hati berbunga-bunga nak beli...pastu ada lak yg dok pantun2 soh beli sebab nk pinjam nanti...chetttt....so ai pilih2 pastu susun...'akak brape nih?'..'RM55 dik'..gulppppp duit ada ngam2 nih + tak makan lagik..'errr saya xnak yang ni tukar ngan yang nih..brape kak?'..'RM50'...'tak nak yang ni lah kak.cukup ni jek.brape yer?'...RM45'...'okeh cun.akak susun yer saya nk pkai trus'...hahahahaha kalu boleh nk mintak murah lagik RM40 tapi cam tak sampai hati lak...try kat tangan okeh ngam 'saya beli yer kak'....selama ni dok la memendam rasa tengok gegerls update Pandora memasing...yang original rege dah sama rege emas 916..so tengok je lahhhhh...dah pakai kat tangan laju2 wasap hubby...dia pon kata cantik so ngan manjanya bgtau nk claim boleh??? +____+......bulan depan nk tambah lagik yang design lain lak..murah jek RM5/RM10.....sesiapa yang berminat boleh la serbu kedai ahkak tu nanti...jualan kat JPM nih hari Jumaat time gaji jek yer...nk letak gambar tapi macam error jek..next time letak gambar gelang tu yer..


wassalam...


p/s : enjoy reading & have a great day ahead....